Sejak dari semalam tular satu acara tinju yang berlangsung di Sukan Olimpik Paris 2024, di mana petinju wanita dari Itali, Angela Carini telah menarik diri daripada pertarungannya melawan Imane Khelif dari Algeria hingga mencetuskan satu kontroversi besar.
Angela dikatakan menarik diri selepas 46 saat perlawanan berlangsung dalam keadaan menangis teresak-esak selepas ditumbuk Imane yang menyebabkan tali pengikat dagunya terlepas dan tumbukan kedua pula menghentam dagunya hingga terpercik darah terkena seluarnya.
An absolute travesty at the Olympics.
Angela Carini is forced to box against a biological male. She quits after just 45 seconds, and cries hysterically as her opponent is declared the winner.
Don’t look away. This is wokeness. pic.twitter.com/wOkVRs88t5
— End Wokeness (@EndWokeness) August 1, 2024
Menurut Angela, dia menarik diri selepas terkena pukulan yang lebih kuat daripada yang pernah dialaminya dan bimbang hidungnya patah.
“Saya sangat kecewa. Saya masuk ke gelanggang untuk menghormati ayah saya. Saya sering diberitahu bahawa saya adalah seorang pejuang, tetapi saya memilih untuk berhenti demi kesihatan saya. Saya tidak pernah merasai tumbukan seperti ini.
“Saya masuk ke gelanggang untuk bertarung. Saya tidak menyerah, tetapi satu pukulan itu terlalu menyakitkan, jadi saya berkata cukup. Saya keluar dengan kepala tegak.
“Selepas tumbukan kedua, selepas bertahun-tahun pengalaman, saya merasakan kesakitan yang kuat di hidung. Saya berkata cukup, kerana saya tidak mahu meneruskan pertarungan selepas pukulan itu. Jadi lebih baik untuk menghentikannya,” kata Angela panjang lebar.
Angela Carini was forced to compete in a boxing match against Imane Khelif at the Olympics.
She quit 46 seconds in after getting punched in the face. Imane was declared the winner.
Khelif failed gender eligibility tests at the 2023 World Championships.
Poor girl. She trained… pic.twitter.com/FzstBTtUOs
— Libs of TikTok (@libsoftiktok) August 1, 2024
Artikel berkaitan: “Penembak South Korea ‘badass’ betul” – 5 Atlet ‘Hot’ Yang Curi Tumpuan Ramai Di Olimpik 2024
Artikel berkaitan: Atlet Olimpik Triatlon Kanada Muntah 10 Kali Lepas Berenang Dalam Sungai Seine, Paris
Imane Khalif gagal ujian kelayakan jantina?
Kejadian ini mendapat perhatian ramai apabila Imane yang merupakan salah seorang daripada dua petinju dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik, walaupun telah dikeluarkan daripada kejohanan dunia wanita tahun lalu kerana gagal dalam ujian kelayakan jantina.
Malah sebelum pertarungan, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah dikritik kerana membenarkan Imane dan Lin Yu-ting dari Taiwan bertanding dalam kategori wanita di Olimpik.
Kedua-dua petinju ini juga dikeluarkan daripada kejohanan dunia dengan Presiden Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA), Umar Kremlev, mengatakan bahawa ujian DNA membuktikan mereka mempunyai kromosom XY dan oleh itu dikecualikan.
Sebagai info, XY adalah gabungan kromosom pada lelaki, manakala XX adalah gabungan pada wanita.
Petinju Algeria dilahirkan seorang wanita?
Dalam pada itu, netizen di media sosial menuduh Imane seorang transgender dan ia sangat tidak adil baginya untuk bertanding dengan wanita.
Namun menurut laporan Daily Mail, Imane bukanlah seorang transgender dan dia telah didaftarkan sebagai seorang wanita ketika dilahirkan, malah pasportnya juga mengatakan dia seorang wanita.
🇩🇿 The Algerian boxer everyone is talking about was born with a vagina.
Yes, Imane is a woman, she was born a woman, in Algeria, where lunatics who change their gender are prohibited very strictly, if not with the death penalty.
However, she suffers from hyperandrogenism… pic.twitter.com/gWnSHU6sI9
— Megatron (@Megatron_ron) August 1, 2024
Bercakap kepada BBC, Imane berkata,
Saya di sini untuk meraih emas. Saya akan bertarung dengan sesiapa sahaja, saya akan bertarung dengan mereka semua,” katanya.
Malah Jawatankuasa Olimpik Algeria (COA) mengutuk keras tindakan tidak beretika yang menyasarkan dan memfitnah Imane, dengan propaganda tidak berasas dari beberapa media asing.
Serangan terhadap peribadi dan maruahnya ini sangat tidak adil, terutamanya ketika beliau sedang bersiap sedia untuk kemuncak kerjayanya di Sukan Olimpik. COA telah mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi juara kami,” kata jawatankuasa itu.
Korang rasa wajar tak Imane bertarung dengan wanita yang lain? Apa pendapat korang?
Sumber: Sinar Harian, Daily Mail