in

“Bilik ni jarang ditutup pintu” – Bilik Solat Terselamat Walau Rumah Rosak Teruk Akibat Kebakaran Putra Heights

bilik solat terselamat rumah rosak teruk akibat kebakaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden letupan gas di Putra Heights yang berlaku awal April lalu telah menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa kediaman mangsa.

Namun, siapa sangka di sebalik musibah yang terjadi ini, satu kejadian yang berlaku di salah sebuah kediaman mangsa telah menarik perhatian.


Walaupun rumahnya mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran yang berpunca daripada letupan gas terbabit, namun bilik solat di dalamnya berada dalam keadaan baik.

Artikel berkaitan: Penduduk Putra Heights Anak Kelantan Yang Terkesan Kes Kebakaran Terima Sumbangan RM5,000

Artikel berkaitan: “Tak boleh lari, di akhirat akan ditanya” – 5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

Perkara itu dikongsikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi ketika melakukan tinjauan ke rumah-rumah mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut.

Screenshot 2025 04 14 172033

Dalam video itu, dapat dilihat permaidani, sejadah, telekung dan katil di bilik itu masih elok dan tidak terusik sedangkan perabot dan barangan di ruangan lain sudah hangus dan mencair akibat kebakaran itu.

Situasi ini menimbulkan rasa pelik kerana kebakaran pada 1 April lalu suhunya mencecah 1,000 darjah Celcius dengan haba panasnya merosakkan banyak rumah dan harta-benda, malah segelintir penduduk mengalami lecur yang teruk.

“Salah satu rumah yang terjejas teruk tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaanNya,” katanya.

@najwanhalimi

KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah

♬ original sound – Najwan Halimi – Najwan Halimi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan kesyukuran dan memuji kebesaran Allah SWT di sebalik kejadian yang berlaku.

Salah seorang pengguna yang dipercayai biras kepada pemilik rumah berkenaan berkata, pemilik rumah itu sangat menjaga solat dan kerap bersedekah.

Screenshot 2025 04 14 172726

Dalam pada itu, Najwa Halimi menitipkan doa kepada semua mangsa terjejas agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.