Bermula 1 April lalu, negara kita secara rasminya memasuki Fasa Peralihan kepada Endemik dan lebih banyak kelonggaran demi kelonggaran diberikan selain ada beberapa SOP telahpun dimansuhkan.
Sungguhpun begitu, orang ramai masih dimestikan untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat-tempat awam selain masih perlu mendaftar masuk (check-in) menggunakan aplikasi MySejahtera.
Baru-baru ini juga difahamkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memberikan respon tentang pemansuhan MySejahtera yang difahamkan dalam tempoh-tempoh pengawasan untuk melihat pola perubahan dan juga kadar kebolehjangkitan Covid-19.
Walaupun ada suara-suara yang mengatakan kononnya negara kita ‘teruk’ dalam menangani Covid-19 dan juga penggunaan MySejahtera yang dikatakan tidak relevan lagi, seorang pemuda telah kongsikan perkara yang jarang-jarang keluar di media massa.
Menurut bebenang Twitter dikongsikan oleh Paly Ishak ini, dia baru pulang dari United Kingdom (UK) dan Belanda dan menurutnya kedua-dua negara tersebut langsung ‘tidak pedulikan’ orang awam berkenaan dengan Covid-19.
Tambahnya lagi, bila berada di negara orang barulah berasa cara yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pimpinan Khairy Jamaluddin serta Tan Sri Noor Hisham tangani pandemik ini sangat efisyen dan wajar mendapat pujian.
Sebagai contoh, dia telah menghubungi badan kesihatan Belanda melalui e-mel bagi bertanyakan maklumat tentang peraturan atau SOP yang dikenakan (kepada individu yang dijangkiti) namun, difahamkan e-melnya tidak mendapat sebarang respon walaupun memasuki hari ke-4.
Situasi sama juga berlaku di klinik atau pusat kesihatan disana, mereka langsung tidak mempunyai sebarang maklumat tentang peraturan dan sebagainya, sebaliknya dia diminta untuk menghubungi semula badan kesihatan Belanda.
Sampailah aku email @kkmm_gov @KKMPutrajaya putrajaya, kejap jer diorg respon, and terangkan mcm mana, siap buat appoitment call lg utk keterangan lanjut. Punya lah rasa dihargai, walaupon aku duk oversea.
— Paly Ishak (@palyishak7) April 4, 2022
Menariknya, apabila pemuda tersebut menghubungi KKM, dengan pantas pasukan bertindak telah memberikan panduan dan menetapkan temujanji untuk memberikan penjelasan lanjut.
Tambahnya lagi, walaupun klinik-klinik di luar negara menyediakan kemudahan untuk melakukan ujian saringan, tetapi mereka tidak mempunyai maklumat lanjut sekiranya ditanya tentang Covid-19 dan sebagainya, tidak seperti di Malaysia. Jika kita dapatkan pemeriksaan Covid-19, klinik mahupun jururawat yang bertugas sedia membantu untuk berikan maklumat terperinci dan sebagainya.
Walaupun ramai yang mengatakan kadar ujian saringan di Malaysia seperti RTK ataupun RT-PCR agak tinggi, ianya ternyata jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga untuk satu ujian RTK disana iaitu sekitar RM300 manakala RT-PCR sekitar RM600 hingga RM700 ujarnya dalam bebenang panjang tersebut.
Menutupi bebenang berkenaan, Paly sempat menasihati orang ramai yang ingin keluar negara untuk mendapatkan insurans pelindungan perjalanan yang turut cover sekiranya korang didapati positif diluar negara. Tambahnya lagi, walaupun harganya akan sedikit mahal, setidaknya kalau terkena jangkitan diluar negara, korang tahu korang ada perlindungan insurans.
Baca : Sijil Vaksin Digital MySejahtera Kini Diiktiraf Oleh Kesatuan Eropah