Baru-baru ini tular satu video memperlihatkan sesi live daripada personaliti media sosial, Prince Syed dilihat dalam keadaan meracau. Berikutan itu, dia tampil menjelaskan bahawa peristiwa tersebut merupakan detik cemas yang memaksanya membuat live tersebut.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia dan tiga ahli keluarga mengalami satu insiden yang disifatkan sebagai ‘tidak elok’ dan ianya berlarutan dalam tempoh agak lama sampai mereka tak mampu hubungi sesiapa untuk mendapatkan bantuan.
Artikel berkaitan : “Korang asyik dengar satu pihak sahaja kan” – Fatin, Isteri Prince Syed Buka Mulut Pasal Dakwaan Keluarga Kandung
Artikel berkaitan : Ibu Bapa Mentua & Adik Ipar Tak Mengaku Bersalah Cederakan Prince Syed
Buat live sebab nak dapatkan bantuan, hubungi keluarga semua gagal
“Saya call family berkali-kali, tapi seorang pun tak angkat. Masa tu kami berempat memang dalam keadaan tak okay. Bila saya tersedar, saya dah terbaring di lantai. Kepala, badan — semua sakit dan bengkak.”
Katanya kepada Gempak lagi, ketika cuba sedarkan diri, dia merangkak mencari telefon yang terpelanting sebelum hubungi semula ahli keluarga tetapi usaha tersebut gagal.
Disebabkan itu, dia tekad buat sesi live sebagai alert kepada ahli keluarga mahupun kenalan rapat yang tahu lokasi rumahnya.

“Saya tak fikir apa dah. Saya buka live sebab berharap jiran atau sesiapa yang tahu rumah saya boleh datang tolong. Atau sekurang-kurangnya keluarga dapat notification.”
Difahamkan live tersebut berlaku kira-kira 9 minit sebelum ia dihentikan, bagaimanapun detik tersebut telah menyelamatkan nyawanya apabila keluarga dan jiran-jiran segera bergegas ke rumah.
“Alhamdulillah, abang, kakak, ibu, jiran-jiran semua dapat notification dan terus datang. Mereka bawa saya keluar dari rumah sebab ada sesuatu yang tak elok dalam rumah tu.”
Syed juga akui bahawa dia kembali sedar sepenuhnya saat berada di dalam kereta bersama abang sulungnya. Katanya, dia turut menyasikan semula keratan video itu dan rasa takut bila menontonnya.

“Saya ada videonya, tapi saya tak berani nak sebarkan. Keadaan masa tu memang sangat menakutkan.”
“Saya memang tak izinkan sesiapa publish. Live itu bukan untuk jadi sensasi. Saya cuma perlukan bantuan kecemasan,” tambahnya yang tidak dapat dipastikan sama ada dirinya dirasuk atau ada pihak menghantar ‘sesuatu’ ke tempat tinggalnya.
Sumber : Gempak
