Biarpun dia bukan seorang selebriti ataupun instafamous, tapi kepetahan ‘Abang Agraban’ ketika berkata-kata ini yang sering buat orang pening bila mendengar.
Walaupun kadang-kadang kedengaran seperti tak masuk akal, namun sebenarnya apa yang diperkatakan itu mempunyai maksud mendalam.
Ada kisah hidup sedih
Pun begitu, lelaki yang nama sebenarnya Baha ini mempunyai seribu satu kisah pahit pernah terjadi kepadanya.
Perkara ini pernah min kongsikan dahulu, dimana menurut adiknya Baha merupakan seorang yang sangat bijak dan mempunyai niat untuk menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Namun dia yang merupakan abang sulung dalam adik-beradiknya, berdepan dengan beberapa masalah dalaman hingga mengalami tekanan hidup.
https://www.tiktok.com/@sayatiarachannnel/video/6999947029954743578?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
@sayatiarachannnel cukup la ari ni ye sebab sy nk study esok exam nti sy cerita lagi #fypシ #fyp
Cucuk vaksin silang kaki.. Siap bagi fakta
Balik semula pada kisah yang terbaru ni, dilihat Abang Agraban ini sekali lagi mencuit hati ramai apabila dia hadir ke sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19.
Menerusi posting yang dikongsikan oleh @hafizwhizbang ini, terlihat Baha tak macam orang lain apabila dia kelihatan ‘selamba’ waktu disuntik oleh petugas di sana. Bukan tu saja, dia juga dilihat tenang apabila duduk sambil menyilangkan kakinya macam tak ada apa berlaku.
Disebabkan tak menunjukkan sebarang reaksi, petugas di sana menanyakan sama ada dia terasa sakit namun sambil tersenyum mengatakan injection ni tak ada rasa sakit pun.
Apa yang menarik perhatian apabila tiba-tiba, Baha mengaitkan suntikan ini dengan proses pembedahan. Haa apa maksud dia? Sesiapa tahu tak?
Perkongsian yang dimuat naik tersebut telah menarik perhatian warganet, dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 610k views di TikTok.
https://www.tiktok.com/@hafizwhizbang/video/7011886796690738459?is_from_webapp=v1&q=hafizwhizbang&t=1632721755552&is_copy_url=1
“Kalau dibiar lama bercakap tu lepas maghrib dia berleter”
Di ruangan komen, nyata aksi ditunjukkan Baha ini membuatkan rata-rata netizen terhibur. Ada yang komen, mengatakan jika tak dipotong percakapannya itu mahu sampai ke sudah tak habis.
Selain itu juga, ada yang faham apa dimaksudkan oleh Abang Agraban berkaitan pembedahan tu. Maksudnya kalau suntikan ni sakit, tak adalah doktor akan bagi injection dekat kita sebelum nak lakukan sebarang pembedahan.
Next level betul ayat Baha ni, min pun lama loading apa yang dimaksudkannya tadi. Siapa yang macam min baik mengaku ya!