Nama Dr Rafidah memang sinonim dengan keberanian dan ‘kelantangannya’ dalam bersuara untuk mendidik rakyat Malaysia agar tidak menggunakan produk timbang kilo,
Segala petua yang seringkali orang berikan dan apa-apa supplement yang tiada kesahihannya pasti akan dilabel sebagai ‘produk sampah’.
Daun senna boleh buat kurus
Dapat dilihat menerusi perkongsian dekat akaun media sosialnya termasuklah TikTok dan perkongsian terbarunya semalam telah mendapat perhatian netizen apabila Dr Rafidah ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia untuk tidak mengambil’ jalan pintas’ mengikut tips dan petua untuk kurus.
Ya lah, orang Malaysia kan memang obses nak kurus tapi tak nak bersenam.
Dalam videonya berdurasi 15 saat itu, Dr Rafidah sangkal petua bahawa daun senna boleh buatkan orang kurus yang kebiasaannya didakwa oleh pengasas-pengasas produk yang suka overclaim ini.
@rafidah72 Tiada jalan singkat untuk kurus. PLEASE.#pakarbuahpinggang #nephrodoctor #sayangibuahpinggang #elakproduksampah #gayahidupsihat #mybuahpinggang #sukusukuseparuh
“Hanya mampu termenenung dengan maklumat sampah macam ni…”
Menurutnya tiada jalan lain selain hanya mengamalkan gaya hidup sihat. Dr Rafidah juga menggesa orang ramai supaya jangan malas.
“Ingat semua produk kurus adalah sampah.”
“Bila Nabi sebut jangan disampah-sampahkan” – Ustaz Kazim Elias
Video tersebut telah meraih 310.7K jumlah tontonan dalam masa sehari dan semestinya ia menjadi perhatian ramai pihak.
Dalam perkongsiannya kali ini, ia telah mendapat perhatian daripada pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias.
Di ruangan komen, Ustaz Kazim ada menegur Dr Rafidah bahawa daun senna ada khasiatnya dan ada disebutkan dalam hadis, beliau juga menegur agar tidak ‘sampahkan’ segala apa yang disebut oleh Nabi.
Bagaimanpun, Dr Rafidah tampil beri respon meminta Ustaz Kazim untuk fahami semula konteks ayat yang disampaikan dengan memberi penjelasan yang terang kepada Ustaz Kazim bahawa dirinya tidak mengatakan daun senna itu sampah, tetapi produk kurus yang dilabel ‘sampah”.
Dengan perkongsian ini, ia mengundang pelbagai reaksi netizen ada yang bersetuju, ada yang menentang malah ada juga sesama netizen berbalah.
Apapun pegangan, ia bergantung kepada anda semua untuk buat pilihan, Dr Rafidah hanya memberikan nasihat sahaja.