Walaupun status hubungan mereka masih menjadi tanda tanya, dapat dilihat pempengaruh View Chin bersama Amirah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira ini semakin akrab dan intim.
Terbaru, Mira ada kongsikan satu hantaran video menerusi Instagram miliknya yang bertajuk ‘Bila Laki Kau Orang Cina’.
Artikel berkaitan : “Mestilah ready” – Mira Akui Dah Bersedia Jaga Anak-Anak View Chin & Ah Moi
Artikel berkaitan : Ah Moi Dakwa Cerai Tak Sah, Bakal Ambil Tindakan Terhadap View Chin Dan Mira
Dalam video tersebut, Mira meminta View Chin untuk ajarkan cara untuk membuat ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran dalam bahasa Cina, dilihat dekorasi tersebut seperti ingin menyambut ulang tahun kelahiran seseorang.
Dalam pada itu, View Chin juga sempat bersoloroh meminta Mira mencium pipinya namun ditolak oleh Mira kerana bimbang akan tular.
“Kalau kita nak wish orang happy birthday dalam bahasa Cina apa?”
“Sheng re kuai le.”
“Tu bukan Chinese New Year ke?”
“Tu Gong Xi Fa Cai, senang sajalah Happy Birthday kan.”
“I tahu kalau bos dalam bahasa Cina apa, laupan. Sheng re kual le, laupan.”
“Kalau happy birthday untuk orang tersayang?”
“Sheng re kuai le chin ai te.”
“Lepas tu mau buat satu lagi.”
“Mau cium saya (pipi).”
“Tak boleh nanti orang viral.”
View Chin juga dilihat berseloroh untuk meminta ang pau daripada Mira dan mereka merenung sesama sendiri sambil berpegangan tangan.
View this post on Instagram
Biarpun ramai yang memberikan komen yang kurang menyenangkan kerana ada yang sengaja bertanya maksud ‘orang ketiga’ dalam bahasa Cina, ada juga yang memberikan komen positif melihat kemanisan mereka berdua ini.
Meskipun ada bayangan yang menunjukkan mereka berdua seperti sudah berkahwin, masih belum ada sebarang pengesahan dari kedua-duanya. Malah bekas isteri View Chin iaitu Ah Moi sendiri mendedahkan yang dia tidak tahu mengenai hal itu dan sebaliknya mahu fokus kepada anak mereka sahaja.
Sumber : Instagram