Bagi generasi 80-an dan 90-an mesti korang akan ingat zaman-zaman sekolah dulu, kalau ada sertai satu kem motivasi, akan ada satu sesi yang membuatkan kita kenangkan ibu bapa kita kan?
Dalam sesi tersebut kita akan disuruh untuk pejam mata dan bayangkan satu situasi seolah-olah ibu bapa kita sudah meninggal dunia. Kemudian semua orang akan menangis apabila membayangkannya seperti dalam video yang tular di platform media sosial X ini.
Artikel Berkaitan : Babak Siri Layangan Putus Buat Ramai Buka Mata Tentang Sifat Toksik Dalam Sesebuah Perhubungan
Artikel Berkaitan : Keluarga Toksik? Ini 5 Cara Bagaimana Anda Boleh Jaga Kesihatan Mental Agar Tidak Terus Merana
Biarpun belum dikenalpasti penyebab murid-murid itu menangis, ramai netizen boleh relate cara ini seperti mereka pernah hadapi semasa zaman persekolahan mereka.
Video ini telah meraih lebih daripada 3,600 jumlah perkongsian dan rata-rata netizen menyifatkan ia adalah satu perkara cringe bila diimbau kembali.
Malah, ada juga yang anggap bahawa cara ini sekurang-kurangnya lebih elok berbanding dengan memberikan pickup line kepada ustazah seperti yang pernah tular sebelum ini.
Dalam pada itu, ada juga yang memandang serius perkara ini, mereka anggap cara ini bukanlah cara yang betul untuk meningkatkan motivasi kepada anak-anak sebaliknya kaedah ini dianggap sebagai guilt trip kerana seseorang murid itu akan dikecam kerana tidak menangis.
Berdasarkan pengalaman min, min dulu sekali je menangis bila kali kedua buat cara sama tak dapat nangis. Jadi, tak semestinya kalau kita tak nangis kita tak sayang mak ayah kita kan?
Sumber : X