in

‘Bikers’ Naik MRT & Bawa Basikal, Netizen Bengang Sebab Lepak Dalam ‘Coach’ Wanita

Mrt 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah jadi beberapa isu mengenai pengguna tren LRT atau MRT yang membuatkan penumpang lain berasa tidak selesa. Ada yang sesuka hati membuka kasut dalam tren dan ada juga pengguna lelaki yang selamba lepak dalam koc wanita.

Satu lagi isu yang tular di media sosial baru-baru ini apabila ada sekumpulan bikers lelaki yang membawa basikal mereka naik MRT. Apa yang membuatkan ramai netizen bengang kerana mereka tidak duduk dalam coach yang betul.


Boleh ke bawa basikal masuk MRT?

Hantaran di platfrom X itu telah membuatkan ramai netizen tertanya-tanya tentang kebenaran untuk membawa basikal dalam MRT. Mungkin ramai yang belum tahu tentang bahawa basikal boleh dibawa masuk ke dalam MRT dengan syarat-syarat tertentu.

Artikel berkaitan: Tular Video Wanita Marah Makcik Driver Bas, Didakwa Sebab Tak Masuk Kawasan MRT Walaupun Dah Sampai Awal?

Artikel berkaitan: “Siap buka kasut” – Pernah Tular ‘Buat Hal’ Di LRT, Individu Sekali Jadi Perhatian Di MRT Pula

Bagi hari isnin sehingga jumaat, jam 10 pagi sehingga 3 petang dan 8 malam sehingga 12 tengah malam, pengguna boleh membawa basikal atau skuter mereka asalkan ia boleh dilipat.

Untuk hujung minggu dan cuti umum, pengguna boleh membawa basikal mereka bermula jam 12 pagi sehingga 12 tengah malam. Dalam waktu tersebut, basikal atau skuter yang tidak boleh dilipat juga boleh dibawa masuk.

Mrt 1

Bikers duduk dalam coach wanita

Apa yang membuatkan ramai netizen bengang apabila sekumpulan bikers lelaki itu selamba duduk dalam koc wanita sambil bermain telefon. Basikal-basikal mereka juga telah menghalang laluan di dalam tren. Ada netizen berpendapat bahawa pengguna tren yang membawa basikal hanya boleh duduk di koc hadapan dan belakang sahaja.

Mrt 3

Mrt 2

Harap lepas ni ada petugas yang jaga area situ untuk tegur pengguna yang tak bertanggungjawab

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.