in

“Biarlah kita dengan Allah sahaja” – Rakam Video Berdoa Di Tanah Suci, Ifa Raziah Ditegur Netizen?

page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua umat Islam pasti menanam impian untuk beribadah di tanah suci serta melengkapkan rukun Islam kelima iaitu menunaikan Haji di Mekah.

Terbaru, pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Saripah Raziah binti Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah mendapat kritikan hebat oleh netizen kerana tindakannya di tanah suci baru-baru ini.


Artikel berkaitan: “Untuk orang Iban, saya mohon maaf” –  Ifa Raziah Tak Sangka Gurauan Disalah Erti

Artikel berkaitan: “Aku kaya jugak” – Ifa Raziah Tak Kisah Tersingkir, Percaya Ramai Peminat Masih Sokong

Menerusi TikTok miliknya, Ifa Raziah memuat naik video dia sedang berdoa di tanah suci dengan meletakkan lagu Atas Nama Cinta sebagai latar belakang.

@ifa_raziah

SALAM MAGHRIB DARI MADINAH Disisiku solat bersama @Cikgu Delly di hadapan masjid Al Nabawi Madinah Maafkan saya terlambat update kerana fokus kepada ibadah tapi insyallah bila ada kesempatan saya akan buat posting di Media Sosial🤲

♬ original sound – IFARAZIAH – IFARAZIAH

Video itu menarik perhatian netizen dan ramai yang merasakan tindakan bekas peserta Gegar Vaganza itu agak tidak sopan kerana ibadah itu sepatutnya sesuatu yang peribadi dan lebih kepada kerohanian.

Namun, ramai juga yang meminta agar Ifa Raziah mendoakan mereka di tanah suci itu.

cats 13

Pun begitu, Ifa Raziah tidak membidas mana-mana komen netizen sebaliknya hanya memuat naik beberapa lagi video di tanah suci itu.

Semoga Ifa Raziah dikurniakan umrah yang mabrur…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.