Jumaat lalu, sebuah sidang media telah diadakan oleh pihak Suria FM untuk menjelaskan isu kontrak penyampai radio Tyzo yang tidak disambung.
Dalam sidang media itu, pihak Suria FM turut menjelaskan bahawa terdapat penurunan dalam segmen petang Suria FM yang dikendalikan oleh Tyzo dan Sharifah Shahira.
Namun, Tyzo menerusi Instagram telah mendedahkan carta rating survey tentang segmen-segmen rancangan di radio Suria FM bagi tahun 2023.
Dalam rating survey itu, dapat dilihat bahawa segmen petang yang dikendalikan Tyzo itu telah mendapat rating 1.73 juta dalam survey 1 dan 1.56 juta dalam survey kedua jumlah pendengar.
Artikel Berkaitan: “Boleh diambil tindakan” – Suria FM Minta Hentikan Isu Tyzo, Jelas Punca Kontrak Tak Disambung
Artikel Berkaitan: “Saya masih lagi mahu bekerja”- Tidak Lagi Bersama Dengan Suria FM, Tyzo Luah Perasaan Di Instagram
Menurut Tyzo juga, bagi tahun 2022 hingga 2023, segmen Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang empat kali survey berturut-turut.
Tambah Tyzo lagi, angka-angka tersebut pada papan putih telah ditulis sendiri dengan tangan oleh pengurus besar.
Rata-rata warganet menyifatkan pendedahan Tyzo itu berani kerana menunjukkan bukti menggunakan data.
Meskipun ada warganet lain yang mengatakan Tyzo dilihat seperti tidak move on dengan isu itu, namun ada pula netizen lain yang berpendapat bahawa Tyzo bukannya tidak move on, sebaliknya dia hanya mahu membela diri dengan menjelaskan perkara sebenar selepas rating segmen Suria Petang yang dikendalikannya dikatakan jatuh.
Perghh tyzo defend diri dia dengan letak bukti yg akan buatkan gang2 suria terdiam. Tuduhan kata segmen petang paling sikit org rupanya x betul. Segmen dj lin paling skit weh hahaha mmg sahla komplot nak jatuhkan tyzo. Dasar maleis btul?? pic.twitter.com/RyGXqkWR0Q
— KnizaM Leo ??? (@kroolnizam) January 20, 2024
Sumber: Instagram @tyzoxander