in

“Biar tak sakit seperti saya” – Kronologi Penuh Kes Ibu Bunuh Anak Di Indonesia

Kanti Utami Kes Ibu Bunuh Anak Di Indonesia

Sangat menyayat hati…

Negara jiran kita baru-baru ini digemparkan dengan kes pembunuhan melibatkan seorang ibu berusia 37 tahun yang tinggal di Brebes, Indonesia yang telah memukul tiga orang anaknya menggunakan senjata tajam pada Ahad lalu.

Susulan insiden itu, dua anaknya berusia 4-5 tahun dan 10 tahun katanya telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di leher dan dada.

3710136546

Malangnya, anak kedua suspek yang berusia 7 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang teruk di bahagian leher, lapor Serambi News.

Berikut kronologi kejadian tersebut yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial: 

 

Penduduk kampung dengar jeritan di waktu subuh 

Menurut salah seorang jiran bernama Novi, 42, kejadian itu didakwa berlaku selepas selesai solat Subuh apabila salah seorang ahli keluarganya berteriak meminta pertolongan.

Penduduk kemudian memecahkan pintu bilik dan mendapati tiga mangsa dalam keadaan cedera parah,” katanya.

Manakala penduduk bernama Iwan pula mengesahkan, mereka yang terdengar akan kekecohan itu dan bunyi kanak-kanak menjerit telah pergi ke rumah suspek dan memecahkan pintu biliknya.

Petugas Polres Brebes Memasang Garis Polisi Di Tempat Kejadi
Situasi di rumah suspek

“Saya terdengar kekecohan dan kanak-kanak itu menjerit. Saya dan penduduk kemudian pergi ke rumahnya dan memecahkan pintu bilik,” katanya pula.

Anak-anak suspek kemudian dibawa ke hospital berdekatan dan suspek pula direman polis ke Polsek Tonjong untuk memberi keterangan.

 

Motif pembunuhan masih misteri, suspek dakwa dengar ‘bisikan’

Menurut keterangan polis, suspek katanya bertindak sedemikian kerana mengalami gangguan jiwa dan depresi.

Suspek dalam masa yang sama mengakui melakukan perkara berkenaan ke atas semua anaknya selepas mendengar bisikan ghaib.

Ibu Bunuh Anak Kandung Di Brebes Jeritan Korban Sempat Terdengar Tetangga Motif Masih Misteri

Kami tidak dapat mengesahkan sama ada pelaku tertekan atau tidak kerana ia masih dalam proses siasatan. 

“Berdasarkan pengakuan suspek, dia melakukan perkara itu kerana menerima bisikan ghaib,” jelas polis.

Dalam pada itu, tular juga sebuah video TikTok yang memaparkan suspek meluahkan perasaannya semasa ditemubual oleh pihak polis dari dalam lokap.

https://www.tiktok.com/@uni_riza/video/7077486553928305947?_t=8QpGKnxQB0M&_r=1

Menurut suspek, dia mencederakan anak-anaknya kerana tidak mahu mereka ‘merasa sakit’ seperti dirinya yang sering ditimpa masalah akibat keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.

Suspek juga mendakwa dia mengalami tekanan kerana suaminya seringkali menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan.

 

Suspek bekerja sebagai MUA, dianggap penyayang kepada anak

Di media sosial juga heboh menceritakan background suspek yang katanya seorang make-up artist (MUA) yang berbakat di Jakarta, namun dibuang kerja gara-gara masalah ekonomi.

Disebabkan perbezaan kehidupan di Jakarta dan di kampung, suspek didakwa mengalami depresi kerana susah menyesuaikan kehidupan.

Kanti Utami

Rata-rata jiran kepada suspek juga mengakui pelaku seorang yang pendiam dan sangat sayangkan anak-anaknya.

“Jujur, saya masih tidak menyangka, pelaku ini orangnya pendiam, tidak banyak ngomong, tidak pernah duduk main ke tetangga, dan sangat sayang kepada anak-anaknya,” kata jirannya, Sumarti.

Mereka juga tidak pernah melihat suspek memarahi anaknya dan sangat terkejut apabila kejadian ini berlaku.

Apa-apapun kes ini katanya masih lagi dalam siasatan polis dan diharapkan kedua-dua anak suspek yang masih hidup itu cepat sembuh. Kesian sangat. 

Baca: “Sayu ratapan ibu” – Kanak-kanak Hilang Di Sarawak Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

Eric

Sumber: JPNN
Sumber: Tribunnews
Sumber: TVO News