in

“Biar mereka faham sejak kecil” – Heliza Mahu Kisah Pal*stin Dimasukkan Dalam Silibus Sekolah

HELIZA HELMI SUMUD

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi telah menyaksikan delegasi yang menyertai Global Sumud Flotilla dan telah ditahan tentera rejim Zionis Israel baru-baru ini menceritakan pengalaman dahsyat yang dialami mereka sepanjang tragedi itu berlaku.

Salah satunya daripada Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi yang menceritakan bagaimana mereka bergaduh dengan tentera Zionis tersebut yang menghalang mereka daripada memakai stokin untuk solat sehinggakan mereka terpaksa menggunakan kain penutup mata untuk membaluti kaki yang terdedah.


Mereka tak benarkan pakai stokin. Saya balut kaki guna penutup mata dan bila ditanya, saya cakap ini untuk solat. Akhirnya, mereka terpaksa akur,” ujarnya.

a9641a89 c5a9 4917 ad6c 7738bdd5efde 780x516 1

Artikel berkaitan: 23 Aktivis Malaysia Yang Sertai Global Sumud Flotilla Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada Isnin

Artikel berkaitan: Global Sumud Flotilla: Banyak Negara Bantu Bawa Pulang Rakyat Malaysia Yang Ditahan Israel

Disebabkan itu, Heliza mencadangkan agar kisah perjuangan rakyat Palestin ini dijadikan sebahagian daripada silibus pendidikan di sekolah sebagai usaha menanam kesedaran sejak muda.

Menurut Heliza, 39, langkah itu bukan sahaja memberi pendedahan awal tentang erti kemanusiaan, malah mendidik generasi muda menghargai keamanan dan memahami perjuangan rakyat yang tertindas.

Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kerana terus konsisten mengangkat isu Palestin. 

“Saya berharap selepas ini kisah Palestin dapat dimasukkan dalam silibus pembelajaran anak-anak kita. 

“Biar mereka faham sejak kecil apa makna perjuangan dan erti kemanusiaan sebenar,” katanya ketika berucap.

PU Rahmat dedah pasport Malaysia jadi simbol keberanian tentang Israel 

Selain Heliza dan Hazwani, peserta misi yang lain iaitu PU Rahmat atau nama penuhnya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan juga menceritakan bagaimana pasport Malaysia menjadi simbol keberanian rakyat negara ini untuk menentang kezaliman Israel.

Menurutnya, pasport Malaysia sering menjadi perhatian pihak berkuasa Israel kerana pendirian negara kita yang tegas tidak mengiktiraf kewujudan negara haram itu sejak merdeka lagi.

posting 25 800x419 1

Tahu kenapa mereka benci dengan pasport Malaysia? Sejak 1957 dan sebelum daripada itu, pemimpin kita kekalkan dasar iaitu pasport ini sah digunakan kecuali negara Israel. 

“Bila mereka nampak pasport Malaysia, mereka kata apa? Malaysia! Lepas tu dia maki saya dalam bahasa mereka, saya balas balik mak kau hijau,” katanya sambil berseloroh di hadapan hadirin di Axiata Arena.

Ustaz Mad Kecik digari dengan kasar oleh tentera Israel 

Seorang lagi aktivis, Muhammad Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik turut menceritakan pengalamannnya ditahan dan digari dengan kasar oleh tentera rejim Zionis itu.

Tangkap juga, gari juga kami, mula-mula gari tersebut longgar, tiba-tiba dia tengok longgar dia kepit sampai tak boleh gerak,” ujarnya.

0910 PORTAL AKTIVIS GSF

Perkara itu menurutnya menunjukkan bukti bahawa tentera Israel sebenarnya takut dengan semangat pejuang kemanusiaan yang ditunjukkan para sukarelawan.

“Takutnya Israel, walaupun mereka kata kami lemah, tapi sebenarnya dia yang koyak!” katanya lagi.

Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, 23 rakyat Malaysia ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal yang dinaiki mereka dipintas ketika berada di perairan zon merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Bagaimanapun kesemua aktivis Malaysia ini berjaya dibawa keluar dari Israel pada 4 Oktober hasil usaha keras Perdana Menteri dan bantuan daripada kerajaan Turkiye.

Sumber: Astro AWANI, Hib Glam

Sumber: Hibglam
Sumber: Berita RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.