in

“Biar kami tanggung risiko” – Aliran Air Deras, Anggota Bomba Tunjuk Situasi Ketika SAR Mangsa Tanah Jerlus

Sar Tanah Jerlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua sedia maklum, sehingga setakat ini, pihak berkuasa sedang mencuba segala yang mereka mampu dalam mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Antara anggota penyelamat yang terlibat sama dalam misi SAR (search and rescue) ini adalah pasukan Bomba dan Penyelamat yang dilihat telah bergadai nyawa untuk turun ke kawasan pencarian di bawah tanah.


Download

Artikel berkaitan: “50 meter dari insiden sebelum” – Mendapan Baru Dikesan Di Jalan Masjid India

Artikel berkaitan: Pasukan SAR Pam Air Kumbahan Untuk Mencari Mangsa Tanah Jerlus Masjid India

“Nak tau tak kat dalam tu macam mana?”

Ramai yang mungkin tertanya-tanya, bagaimana agaknya keadaan di kawasan pencarian mangsa?

Untuk menjawab persoalan ramai, seorang anggota bomba di TikTok telah memuat naik video memaparkan situasi ketika di bawah tanah.

Menerusi video tersebut dapat dilihat anggota berdepan dengan arus air di saliran yang sangat deras dan situasi sekeliling yang agak gelap.

@alimaddia

Replying to @Mieyra Kawasan Pencarian diperluas, SAR di setiap main-hole sepanjang saliran. #runtuhantanah #masjidindiakl #ppda #storm #tanahjerlus #fypシ #bomba

♬ Danger – SoundAudio

Menurut pengguna TikTok @alimaddia, kawasan pencarian telah diperluaskan di setiap jurang (manhole) sepanjang saliran.

Tambah anggota bomba ini lagi, keselamatan semua petugas adalah di bawah tanggungjawab mereka dan mereka juga bersedia menanggung risiko yang bakal dihadapi.

Bahaya 1

“Derasnya air, semoga tim penyelamat dilindungi Allah dalam menjalankan tugas” 

Melihatkan video berkenaan, ramai di kalangan netizen menitipkan doa agar pasukan penyelamat ini dilindungi dalam menjalankan tugas mereka.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta supaya pihak berkuasa menghentikan operasi SAR tersebut kerana keadaan yang berbahaya, namun pemilik TikTok menegaskan bahawa ia sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk berusaha sehabis baik dalam misi tersebut.

Komen

Moga mereka yang terlibat dalam misi ini dilindungi dan mangsa dapat ditemui dengan secepatnya. 

Sumber: TikTok

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.