in

“Biadap tak boleh bawak bincang” – Musnahkan Klinik Sementara Pesakit Covid-19 Milik Palestin, Rejim Israel Cari Pasal Lagi

Feature 4 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun seluruh dunia sedang berhadapan dengan wabak Coronavirus, namun nampaknya rejim zionis tidak menunjukkan tanda-tanda berperikemanusiaan kerana mereka masih lagi meneruskan penindasan terhadap orang Islam di Palestin.

Kali ini admin nak kongsikan tentang kekejaman rejim Israel yang telah bertindak memusnahkan klinik sementara yang dibina khas untuk pesakit Palestin yang dijangkiti Covid-19, lapor Palestine Chronicle.


Israel 1 1

Difahamkan, klinik tersebut masih lagi dalam pembinaan di Tebing Barat.

Selain itu, Israel juga telah menceroboh sebuah kampung di mana klinik itu ditempatkan. Golongan Yahudi ini juga merampas bahan binaan seperti tiang khemah dan batu-bata yang digunakan untuk membina lapan buah khemah.

Israel 2 1

Difahamkan, lapan buah khemah tersebut masih lagi dalam proses pembinaan di mana dua daripadanya adalah klinik sementara dan dua khemah lain adalah masjid. Manakala, empat buah khemah lagi bakal dijadikan rumah untuk penduduk di situ.

Israel 3 1

Lagi kejam, cadar yang akan digunakan untuk katil pesakit Coronavirus juga turut dirampas.

Admin doakan semoga semua umat Islam di Palestin akan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi rejim zionis ni. 

 

Baca: “Ingatkan rumah tu kosong” – Zionis Beri Alasan Bodoh Lepas Bunuh 8 Sekeluarga Di Gaza

Israel 3

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.