Seorang penghuni sebuah kondominium di Puchong, telah membuat gangguan terhadap kakitangan warga asing yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan dan cleaner di situ.
Perkara ini dilaporkan oleh salah seorang penduduk, Abigail (nama samaran) kepada WORLD OF BUZZ kerana dia tidak tahan menyaksikan kebiadapan penghuni itu yang seringkali menyerang dan membuli mereka.
Artikel Berkaitan : PIBG MCKK Kesal Isu Buli Ditularkan Ke Media Sosial, Pelajar Diherdik Serta Dicop ;’Pembuli’
Artikel Berkaitan : Didakwa Jadi Punca Kematian ‘Mangsa Buli’, Uqasha Bertekak Dengan Rakan Arwah
“Rempuh pekerja dengan motor”
Menurut Abigail, kejadian sering berlaku sejak minggu lalu tetapi penduduk lain hanya dimaklumkan beberapa hari lalu.
Pelaku itu bukan sahaja melakukan serangan fizikal dengan memukul dan menarik pekerja, malah sikap kurang ajarnya makin melampau apabila dia merempuh salah seorang daripada mereka dengan motosikalnya.
Malah, ada salah seorang pengawal cedera di bibir akibat ditumbuk. Abigail ada kongsikan beberapa gambar dan video aksi lelaki itu dengan WORLD OF BUZZ, boleh tengok di bawah ni.
Dalam video pertama, lelaki biadap itu dilihat merempuh menggunakan motosikalnya ke arah pengawal yang sedang melakukan urusan kerjanya di tempat duduk.
Video seterusnya menunjukkan lelaki itu bertengkar dengan pengawal dan kakitangan kondominium, di mana dia dilihat menolak salah seorang daripada mereka.
Tindakan itu telah membuatkan ramai bimbang dengan keselamatan kanak-kanak, serta warga emas, bahkan penduduk mengambil keputusan membuat laporan polis. Malangnya, tiada tindakan diambil.
“Kami diberitahu bahawa mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada siapa yang terbunuh dan tidak dianggap sebagai satu kes.”
Oleh itu, penduduk ambil keputusan untuk viralkan kejadian ini dengan harapan dapat menyebarkan kesedaran dan semoga mendapat keadilan untuk mangsa.
“Kami hanya mahu keadilan untuk mereka yang menjadi mangsa. Sebagai penduduk, kami mengambil berat tentang keselamatan kami, terutamanya mereka yang ada warga emas dan kanak-kanak di rumah mereka.”
Menurut, tiada siapa, termasuk Abigail sendiri tahu mengapa punca lelaki itu mengganggu orang-orang di kondo itu.
“Kami tidak pasti sama ada dia sakit mental. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada kami menganggap dia tidak berpuas hati dengan pembersih dan pengawal.”
“Dia juga mengancam untuk menembak mereka, tetapi kami tidak pasti sama ada dia hanya mahu menakut-nakutkan mereka.”
Walau bagaimanapun, Abigail berkata pihak pengurusan kondo itu memberi jaminan kepada semua penduduk bahawa pihak berkuasa sedang meneliti perkara itu.
Sumber : WORLD OF BUZZ