in

“Biadap, kurang ajar!” – 3 Lelaki Rohingya Buat FB Live ‘Carut’ Rakyat Malaysia, Cabar Bersemuka Untuk ‘Settle’

Rohingya Live

Minggu lepas viral pasal video Presiden Rohingya Malaysia buat permohonan maaf serta mendakwa mereka difitnah dan dia menerima ugutan bunuh.

Kali ni, dua lelaki mengaku sebagai etnik Rohingya buat FB live sengaja untuk menghina, mencabar dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap rakyat Malaysia

Rohingya1 1

Video itu berdurasi 44 minit di mana mereka juga dikatakan mempersoal hak orang Malaysia duduk di negara ini dan mencabar sesiapa yang mengkritik mereka di media sosial.

Lebih dahsyat, dengan beraninya mereka mendedahkan alamat tempat tinggal kepada penonton dengan mencabar sesiapa saja yang tak berpuas hati boleh datang bersemuka dan ‘settle’ dengan mereka.

Rohingya2

Rohingya3

Video itu kemudian terus viral dan mendapat pelbagai respon dari rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan kedua-dua individu tersebut. Pihak polis dilaporkan terlibat dalam isu dan kini sedang menjalankan siasatan serta memburu mereka.

Bagaimanapun, menurut Facebook page We are Malaysians, ketika tiba di alamat yang didedahkan polis mendapati ianya adalah palsu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian tersebut namun kini sedang mengesan kedua-dua individu tersebut.

Polis1

Polis2 1

Polis4 1

Baca: “Yini simua fitenah, tuduhan palsu”- Presiden Rohingya M’sia Mohon Maaf, Dakwa Terima Ugutan Bunuh!

Feat 42

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook