Dalam satu kawasan residensi, tak dinafikan penduduk mempunyai hak untuk menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Tapi berpada-pada lah sebab ia merupakan kegunaan penduduk lain.
Kenalah patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, andaikata ada perbuatan yang dilarang ketika menggunakan kemudahan itu, ia dibuat mungkin demi menjaga hak saksama sesama penduduk.
Sikap toleransi pun perlu kena ada, bukannya memberontak tak tentu pasal sampai menggunakan keganasan fizikal kepada pengawal keselamatan macam dalam kejadian ini. Dah terang-terang diri tu salah lagi nak mengamuk.
Bawa orang luar ajak mandi swimming pool
Menurut perkongsian Hilmi Aidi Ruzaidi ni, insiden ini terjadi di sebuah kawasan perumahan kondominium KL Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur kelmarinn,.
Difahamkan, penduduk itu bawa orang masuk untuk mandi swimming pool tapi mereka mabuk dan dilarang untuk menggunakannya oleh pengawal keselamatan.
Bengang dengan tindakan ini, ketiga-tiga lelaki ni belasah security guard tu sambil tengking-tengking. Dah la bawa orang luar, lepas tu buat hal lagi. Memalukan betul!
Video taken yesterday (17/3/19) at KL Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, showing altercation between resident & his guest with the security guard.
His guest were allegedly drunk and got barred from going into the swimming pool, altercation happened, guard was assaulted. pic.twitter.com/zyKNkHcqno
— Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi) March 18, 2019
Aduh, kalau orang dah larang tu ada sebab, bukannya dia suka-suka, security guard tu banyak lagi kerja nak buat.
Sudah semestinya netizen marah bila melihat perangai-perangai orang tak ada sivik ni. Macam tak ada common sense!
Mabuk-mabuk sampai menganggu ketenteraman awam, bila ditegur pula nak naik angin.
Baca : Gadis Bengang Kena Tahan Dengan Guard Masjid Putrajaya, Tapi…