Anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman merupakan seorang pempengaruh yang cukup dikenali, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona selalu memuat naik kehidupannya di United Kingdom serta rutin hariannya dalam vlog di YouTube.
Dia juga sangat aktif di TikTok dan baru-baru ini dia banyak memuat naik video content yang lebih santai tetapi sangat menghiburkan.
Artikel berkaitan: “Kami menjadi semakin rapat” – Tular Isu Bercinta Dengan Ex Leona, Cupcake Aisyah Keluarkan Kenyataan
Artikel berkaitan: Azhar Sulaiman Tegur Leona Supaya Kuruskan Badan, Tapi Netizen Tak Setuju Sebab…
Antara content yang menarik perhatian ialah apabila dia mencuba untuk menyanyi lagu yang sedang viral di TikTok iaitu lagu berdialek Kelantan berjudul Bey Sobar Bey.
@mawaris_ bey sabo bey #loopmusicfestival @le yoooooooo na
Terbaru, Leona dilihat menyanyikan lagu tersebut dalam satu acara diadakan hujung minggu lepas dan persembahannya yang sangat rawak itu menghiburkan ramai penonton.
Netizen juga memuji keberanian serta telatahnya yang sangat menghiburkan meskipun persembahan pendek itu sangat tidak dijangka.
“Lain macam eh aura dia”
Persembahannya itu sempat dirakamkan oleh penonton Loop Music Festival dan dimuat naik oleh salah seorang pengguna TikTok @mawaris_.
Walaupun ianya persembahan yang sangat pendek, ramai yang memuji telatah Leona dan tidak kurang juga ramai ‘cair’ dengan kecomelan puteri Azhar Sulaiman itu.
Cute ek Leona ni
Sumber: TikTok