Sekarang ni, boleh dikatakan animasi tempatan di tahap yang membanggakan. Bila sebut je animasi Upin & Ipin mesti ramai yang tahu kan mengenai dua orang kanak-kanak kembar seiras dengan tagline mereka ‘betul,betul,betul’.
Baru-baru ni, laman Twitter rasmi Les’ Copaque ada memuat naik tweet bertanya kepada netizen mengenai idea cerita bagi animasi Upin & Ipin yang paling gempak untuk tahun 2020.

Macam biasa lah, ramai netizen yang memberikan komen mengenai idea dan pendapat mereka seperti yang diajukan oleh Les’ Copaque.
Namun, ada satu tweet ini mendapat perhatian ramai netizen apabila wanita yang memuat naik tweet ini kelihatan seperti mengkritik animasi Upin & Ipin itu.
https://twitter.com/alyaaoreo/status/1207323003207311360?s=20
Dia berkata, penggunaan perkataan ‘Kau & Aku’ dalam animasi tersebut adalah tidak sesuai. Selain itu, watak yang ditonjolkan oleh Kak Rose juga agak tidak bersesuaian kerana menganggap watak itu selalu mengeluarkan perkataan kasar.
Baginya juga, tagline ‘betul, betul, betul’ yang digunakan oleh kembar itu sudah lagi tidak comel dan perlu menggunakan tagline lain.
“Tak kena dengan cita rasa, sampai suruh cancel show?”
Namun tindakannya yang mengkritik animasi tersebut menerima kecaman hebat oleh netizen, di mana rata-rata mereka beranggapan mengapa animasi itu perlu di ubah hanya disebabkan tidak bersesuaian dengan cita rasa dia?

Tapi tweetnya itu telah dibalas oleh pengguna Twitter lain yang meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu sanggup minta untuk animasi yang tercalon dalam anugerah Oscar itu dihentikan.
Aku marah sbb aku dari background animasi,
Penat lelah animator yg underpaid tu sume korg xleh bayang. Keje mcm nk gila. Usaha nk bangunkan sesuatu animasi tu lagila susah sgt sgt.
Bagi pendapat boleh, tp ckp elok sikit la. Jgn sedap2 ugut2 nk suruh org cancel show.
— Dilla The Comic Artist (@dilladontdodat) December 18, 2019
Menurut @dilladontdodat, dia merupakan salah seorang yang berlatarbelakangkan bidang animasi dan percaya bahawa hendak menghasilkan satu animasi itu bukannya satu benda yang mudah dan remeh.
Ayeee mendidih hati aku sebab dia selamba gile cakap or else just cancel the show.
Years of blood and tears utk naikkan animasi kt Malaysia smpi terkenal di persada antarabangsa. Tercalon Oscar. Inspire more production, ribuan peluang pekerjaan.
Just. Cancel. The. Show.
— Dilla The Comic Artist (@dilladontdodat) December 18, 2019
Bagi admin, tak salah nak bagi pendapat, tapi kalau boleh berpada-pada lah. Tak semua orang setuju dengan pendapat kita. Kalau boleh, pendapat tu biar yang membina dan bukannya membinasakan.
Baca: “Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020