Baru-baru ini, pihak RapidKL mengumumkan koc wanita perkhidmatan MRT Laluan Kajang kini dalam fasa pemasangan pelekat dan pengujian yang dijangka akan selesai pada 17 September.
Koc wanita bagi MRT serta LRT ini telah dirancang sejak bulan Julai oleh Kementerian Pengangkutan bagi memberikan keselesaan serta keselamatan penumpang wanita.
Artikel berkaitan: Suka Hati ‘Parking’ Kereta Kat Bahu Jalan, Bas MRT Tersangkut Sampai ‘Schedule Delay’
Artikel berkaitan: “Saya kemurungan dan lemah” – [VIDEO] Ben Amir Kongsi Pengalaman Hampir Hilang Penglihatan
Inisiatif itu disambut baik oleh pengguna perkhidmatan tersebut khususnya wanita, namun ada beberapa pihak yang mempertikaikan servis tersebut dan menganggap ianya sesuatu yang tidak perlu.
Menerusi laman sosial X, seorang individu mengatakan inisatif itu sudah tidak relevan malah mengatakan ianya satu ‘gerakan’ feminisme.
“Serious laaa? Takkan la MRT pun join sama jadi feminism, ni tahun 2010 boleh la,” tulis ciapan itu.
Pun begitu, pelakon ternama tempatan Muhammad Amir Sabaruddin atau lebih dikenali sebagai Ben Amir menyelar kenyataan individu tersebut, malah dia turut berkata ianya sesuatu yang sangat tidak tercapai dek akal.
“Kadang-kadang aku duduk tepi bucu katil dan berfikir, betul ke ada orang bodoh macam ni?” tulisnya.
Ciapannya itu menarik perhatian ramai netizen, rata-rata mereka bersetuju dengan kenyataan pelakon Chandelier itu malah setakat artikel ini ditulis, ciapan itu telah pun mendapat hampir 7k repost.
Korang setuju tak dengan Ben Amir?
Sumber: Twitter