Malaysia dikurniakan dengan pelbagai budaya yang unik dan menarik, sebagai rakyat Malaysia kita juga bernasib baik kerana dapat mempelajari dan mengenali budaya dan cara percakapan kaum-kaum lain.
Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang mak cik yang menjual kuih cakoi atau yau char kwai di Karak, Pahang bercakap bahasa Kantonis dengan begitu fasih telah mendapat perhatian ramai netizen.
@shinichikeesoon
Buat yang tidak tahu, Bahasa Kantonis merupakan antara cabang bahasa Cina yang paling banyak digunakan selepas Mandarin. Jika di Malaysia, majoritinya menggunakan bahasa Mandarin, makanya mereka yang boleh bercakap dalam Kantonis agak sedikit unik.
Menurut sebuah portal, makcik itu dikenali sebagai Maznah dan dia serta keluarganya mempelajari bahasa tersebut dengan jirannya sejak kecil lagi.
“Saya juga menghabiskan banyak masa menonton TVB (saluran televisyen Hong Kong) dan video Youtube.” katanya.
Betul-betul Malaysia!
Video pendek itu memaparkan Maznah yang sedang menggoreng cakoi sambil melayan pelanggannya, video itu menerima pelbagai reaksi yang berbeza daripada netizen. Rata-rata memuji dan kagum dengan kepetahannya berbual dalam bahasa itu.
Wah, boleh jadi inspirasi ni!
Baca: 5 Slang Popular Rakyat Malaysia Daripada Bahasa Cina Yang Ramai Tak Sedar