Korang selalu tak tengok rancangan 999? Bagi yang tak tahu, 999 merupakan siri televisyen realiti jenayah di Malaysia yang disiarkan di TV3 sejak 3 Januari 2002 lagi. Sampai sekarang masih ada lagi tau!
999 yang juga terkenal dengan slogannya iaitu ‘Ingat! Jenayah Membawa Padah’ selalu kupas dan bongkarkan isu jenayah macam aktiviti pelacuran, pengambilan dadah, pemerdagangan manusia, pencerobohan warga asing dan banyak lagilah.
Baru-baru ini, viral di TikTok seorang wanita @limeyraa_richempire ini yang memuatnaik satu video dirinya tengah tengok rancangan 999 tentang OPS pendatang asing.
@dammarboatservices Lain yg di cari lain yg jumpa #999 #tv3 #opspendatangasing
Dalam video tersebut, wanita ini sempat berpesan kepada orang ramai supaya jangan beli simpul popia yang tidak sahih dan diragukan pembuatannya.
Ini kerana jelas dapat dilihat dalam video bahawa proses pembuatan simpul popia yang dibuat warga asing sangat kotor dan menjijikkan. Kalau korang tengok sendiri, longgokan popia banyak diletakkan atas lantai tanpa beralaskan sebarang kain atau pelapik pun.
Bukan itu sahaja, warga asing yang buat popia tersebut langsung tak pakai sarung tangan dan siap ada puntung rokok lagi dibiarkan berdekatan dengan tempat pembuatan. Loya tekak ni!
Menjengah ke ruangan komen TikTok, rata-rata netizen fobia nak beli simpul popia dan mereka hanya akan beli kuih pada orang yang dikenali sahaja bagi mengelakkan diri dari keracunan makanan. Ada juga yang menambah lebih baik buat sendiri sahaja.
“Aduhaii…buat cust fobia nak membeli…kesian peniaga lain kan” – Komen netizen
Kuih raya sekarang pun mahal. Nampaknya kena belajar buat sendiri lah! Baru puas!