Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini telah berkenaan untuk berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.
Menurut Astro Awani, dalam ‘Titah Diraja’ yang disampaikan baginda pada pagi ini, beliau sempat bertitah mengenai liku-liku yang dilalui baginda sepanjang memerintah negara dalam tempoh 4 tahun.
Satu-satunya Agong memerintah dengan 4 PM
Antara yang menarik perhatian ialah bagaimana sejarah negara tercipta apabila baginda merupakan satu-satunya Agong yang diberi keafiatan memerintah negara dengan empat Perdana Menteri bersama empat orang Jemaah Menteri yang berlainan.
Menurut baginda lagi, beliau yang telah bersemayam di atas takhta singgahsana pada 31 Januari 2019 itu, sehingga kini telah melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman yang sukar baginda lupakan.
Terpahat dalam sejarah negara bahawa beta adalah merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang Perdana Menteri bersama empat jemaah menteri yang berlainan.
“Beta bermula dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-7, cerita sikit… namun pada 24 Februari 2020, buat pertama kalinya beta dibawa ke kancah gelanggang kemelut politik tanah air menerusi dengan peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7,” katanya.
Baginda juga menceritakan bagaimana beliau melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8 yang seterusnya meletakan jawatan pada 16 Ogos 2021.
Perkara yang sama juga berlaku kepada PM ke-9 , Datuk Seri Ismail Sabri yang kemudian membubarkan parlimen pada 10 Oktober 2022.
Isu Parlimen tergantung, Agong terpaksa galas amanah berat
Menurut baginda lagi, beliau kemudian terpaksa menggalas satu lagi amanah berat apabila terjadinya Parlimen tergantung akibat jumlah kerusi yang tidak mencukupi dimiliki oleh parti-parti politik yang bertanding bagi membentuk kerajaan.
Namun setelah mengambil pendekatan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, baginda akhirnya melantik PM ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November 2022.
Al-Sultan Abdullah bertitah terpahat dalam sejarah negara bahawa baginda merupakan satu-satunya Agong diberi keafiatan memerintah negara dengan empat orang Perdana Menteri bersama empat Jemaah Menteri berlainan.#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat pic.twitter.com/ZVMAKcLymV
— Astro AWANI (@501Awani) February 13, 2023
Secara ikhlas beta berharap, Perdana Menteri yang ke-10 ini adalah yang terakhir buat beta, sebelum beta berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur.
“Namun ini semuanya adalah ketentuan Allah SWT, manusia merancang Allah menentukan segalanya,” kata baginda.
Dalam pada itu, mengikut takwim laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat ini akan berlangsung mulai 13 Februari hingga 30 Mac dan diikuti dengan persidangan Dewan Negara pada 21 Mac hingga 6 April.
Belanjawan 2023 juga dijangka akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan di Parlimen pada 24 Februari ini.
Baca: Agong & Permaisuri Buat ‘Surprise’ Makan Di KFC, ‘Humble’ Siap Beratur Macam Rakyat Biasa