Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu destinasi yang menjadi pilihan orang Malaysia tak kira yang dah berkeluarga ataupun yang masih single. Boleh dikatakan hampir seluruh negeri di Malaysia mempunyai taman tema yang tersendiri.
Kelmarin, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata dalam sidang media bahawa ESCAPE Cameron Highlands bakal membuka taman tema yang baharu dan projek ini bakal menjadi titik permulaan kepada kebangkitan industri pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat Covid 19, lapor Bernama.
Cantik gila kan theme park ni!
Theme park ini diramal bakal menjadi tempat tumpuan pelancong berbanding negara jiran dengan bertemakan pelancongan sihat, bersih dan berorientasi keluarga.
Dalam posting Twitter yang dimuat naik oleh @Pelabur_Bijak menunjukkan video view taman tema ESCAPE Cameron Highlands yang bakal disiapkan pada tahun 2023.
Lepas ni pergi Cameron Highlands tak ada dah makan Strawberi & minum teh saja.
Boleh lah pergi ke Theme Park pula.
Escape Cameron Highlands dijangka siap pada 2023. pic.twitter.com/9RJPWbpH5B
— Pelabur Bijak 🇲🇾 🇵🇸 (@Pelabur_Bijak) August 2, 2021
Walaupun begitu, ramai je yang tidak setuju dengan pembukaan theme park ni. Netizen bimbang dengan adanya taman tema tersebut, ia bakal menimbulkan banyak masalah alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh, hilangnya keunikan biodiversiti di Cameron Highlands. Min pun marah kalau macam tu…
Ramai yang menunjukkan rasa marah dan kecewa di ruangan komen. Antara komen yang buat min rasa tersentap adalah daripada pemilik account Twitter @notsoaidil.
deeply worried about how this theme park would cause environmental issues like flood, soil erosion & loss of unique biodiversity. not to mention, without trees, cameron highlands wont be as cool.
hope they’ll release an EIA report soon. https://t.co/Yf2rgVL3kN
— aidil (@climateaidil) August 3, 2021
@notsoaidil berkata dia risau dengan pembinaan taman tema ini akan menimbulkan isu persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan kepupusan biodiversiti yang unik. Katanya lagi, Cameron Highlands tak akan sejuk tanpa pokok.
“Patutlah netizen marah sangat”
Meskipun ramai yang memberi komen negatif, ada segelintir netizen yang bersetuju jika pembinaan taman tema ini diteruskan.
Mereka juga berpendapat bahawa sebelum pembinaan ini dibina, mesti pihak yang terlibat dah fikir apa yang akan berlaku.
Setiap orang pendapat lain-lain. Tapi kalau Cameron Highlands tak sejuk, mana min nk makan strawberry?
Baca: “Gilalah siapa yang petik nama saya” Tauke Nafi Dia ‘Pelawak’ Yang Ditahan Kerana Jadi Bapa Ayam