in

‘Bestfriend’ Sejak Kecil, Wanita India & Melayu Ini Sebenarnya Adik Beradik Kandung

Adik 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular beberapa kisah mengenai adik beradik yang dijaga oleh keluarga angkat berlainan bangsa. Selalunya kisah begini berlaku apabila keluarga kandung mereka menghadapi masalah kewangan suatu ketika dahulu.

Kisah yang sama juga berlaku kepada wanita berbangsa India dan Melayu dari Singapura ini apabila mendapat tahu mereka sebenarnya adalah adik beradik kandung. Puan Thangah Koh, 72 dan Puan Fatimah Mohidin, 71 juga merupakan kawan baik sejak kecil lagi.


Adik 1
Sumber: the straits times

Diserah kepada keluarga angkat ketika masih bayi

Mereka berdua sebenarnya lahir dalam sebuah keluarga bangsa Cina sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Ketika masih bayi, Puan Thangah atau nama sebenarnya Koh Siew Kiang sering jatuh sakit dan dikhuatiri akan membawa nasib malang kepada bapanya. Oleh itu, dia diserahkan kepada keluarga India ketika usianya 5 bulan.

Setahun selepas itu, Puan Fatimah atau nama sebenarnya Koh Siew Lang, telah lahir dan mendapati saiz ibu jari kakinya agak besar. Jadi tukang tilik berkata nasib malang akan menimpa kepada si ibu. Oleh itu, Puan Fatimah diserahkan kepada keluarga angkat Puan Thangah namun atas sebab tertentu, dia diserahkan pula kepada keluarga angkat Melayu ketika usia 2 bulan.

Orang selalu cakap muka kami sama dan tanya adakah kami adik beradik? Saya cakap saya Melayu dan Thangah India. Jadi, macam mana boleh jadi adik beradik?

Tahu rahsia ni bila nak daftar kad pengenalan

Sejak kecil lagi keluarga angkat selalu menggalakkan mereka bermain bersama-sama tetapi mereka tidak pernah bertanya apa sebabnya. Ketika Puan Thangah berusia 20 tahun dan perlu membuat kad pengenalan, dia terpaksa mencari semula keluarga kandungnya yang berbangsa Cina.

Artikel berkaitan: “Jatuh air mata jantan” – Netizen Terharu Tengok Hubungan Adik Beradik Ini Kembali Pulih

Artikel berkaitan: “Meleleh air mata!” – [VIDEO] Netizen Terharu Lihat Perjalanan Pemindahan Buah Pinggang Adik Beradik Ini

Ia merupakan salah satu proses untuk mendapat kerakyatan Singapura memandangkan orang dahulu tiada dokumen hitam putih mengenai urusan anak angkat. Sambil ditemani ibu angkat, Puan Thangah akhirnya sampai di rumah keluarga kandung. Awalnya, ibu kandung Thangah menyangka dua orang individu itu salah rumah namun apabila dia tahu siapa Puan Thangah, mereka akhirnya menitiskan air mata.

Adik 3
Sumber: the straits times

Berdamai dengan takdir, keluarga makin rapat

Pada hari yang sama juga, bapa kandung Puan Thangah menceritakan hal yang sebenar dan dia juga pernah membuat iklan pencarian anaknya di surat khabar Cina namun usaha itu gagal. Sama seperti Puan Thangah, keluarga angkat Puan Fatimah juga tidak pernah memberitahu tentang asal usulnya dan dia terima sahaja yang berlaku.

Orang dulu lain, jadi kita terima sahaja. Adik beradik kandung saya sangat baik. Hubungan kami semakin rapat walaupun makin dewasa. – Fatimah

Bapa kandung mereka juga menyesal kerana memberi kedua-dua anak mereka kepada orang lain tetapi tiada niat mahu merampas mereka daripada keluarga angkat. Hubungan keluarga mereka juga semakin rapat dan selalu meraikan hari perayaan bersama-sama.

Wah! Kalau gini, setahun sambut tiga perayaanlah kan? hehe

Sumber: The Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.