Menjadi pendidik ini memang satu kerjaya yang murni, disebabkan mereka, kita tak ada di tempat kita sekarang ni.
Tidak kira dengan cara tegas ataupun lembut, mereka akan melayan kerenah pelajar dengan penuh sabar, misalnya cara guru mendidik pelajar khas ini.
Pinjamkan matamu agarku bisa merasa nikmat duniamu
Satu video TikTok yang dimuat naik oleh individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘makcik’ kantin sekolah ini telah menyentuh hati netizen apabila video itu memperlihatkan cara seorang guru mengajar pelajar OKU penglihatan melangkah longkang kecil.
Dengan penuh sabar dan kasih sayang, guru yang dikenali sebagai Cikgu Zahida itu mengajar perlahan-lahan supaya anak istimewa itu boleh melakukannya sendiri.
@kakcikwanie tunjukkan jalanku agar terang hatiku pimpinlah tanganku, pinjamkan matamu agarku bisa merasa nikmat duniamu #ppki #fyp
Menurut @waniehoney01, pelajar itu dikenali sebagai Sofia, dia seorang anak yatim yang dah kehilangan ibu tercinta. Kini, dikatakan dia bersama abang tinggal bersama ibu saudaranya yang penyayang.
Video yang telah meraih 362.1K jumlah tontonan dalam masa 2 hari ini telah membuatkan segelintir netizen tertanya-tanya jika sekolah ada laluan khas untuk orang-orang OKU penglihatan seperti adik Sofia ini.
Bagaimanapun pengirim video menyatakan bahawa tempat laluan yang diajar itu adalah laluan pelajar biasa, ia adalah atas dasar keikhlasan guru tersebut untuk mengajar adik Sofia untuk berjalan di kawasan sekolah.
Biarpun persoalan ini timbul, kebanyakan netizen yang melihatnya tersentuh serta kagum dengan guru tersebut. Rata-rata mendoakan agar Cikgu Zahida ini dimurahkan rezeki serta segala urusan dapat dipermudahkan.
Besar pahala buatmu cikgu – Netizen
Malah ada juga yang turut mendoakan adik Sofia ini supaya hatinya terang dalam pelajaran dan menjadi anak solehah apabila dah besar nanti.
Baca : Pelajar Sanggup Bahagi Masa Jaga Abang OKU Peroleh Anugerah Dekan Setiap Sem