Jadi rider food deliveries ni rupanya bukan je kena hadap bahaya dekat atas jalan tapi juga bahaya yang tak diduga bila dah sampai destinasi.
Macam kejadian berlaku pada seorang rider Food Panda ni Jumaat lepas bila dia diserang dan dipukul dengan rantai besi oleh seorang pengawal keselamatan di salah sebuah apartment di Setia Alam.
Di bawah ni, Saiful Rasydan kongsikan kronologi kejadian yang berlaku ke atas rakannya ini ke Facebook.
Kawan saya nak hantar last trip delivery ke Trefoil Setia Alam jam 7.15 sebelum berbuka. Guard mulanya tak bagi parking, walhal customer dah tunggu utk pickup. Kawan saya lepas hantar terus naik motor takde provoke atau cakap apa yang tak elok. Tapi guard tu tak semena-mena terus jerit ke arah dia. Ada cubaan nak merantai motor kawan saya sebelum tu.
Masa dia jerit tu, terus dia datang dan bantai kawan saya yang atas motor ni dgn rantai besi dan mangga bertalu2. Kawan saya pun tumbuk utk pertahankan diri. Guard tu terus gigit dada kawan saya(berbekas dah macam love bite member tu). Syukur ada brader2 foodpanda dgn grabfood masa kejadian yang tlg leraikan dan ambik gambar bukti. Boleh refer gambar utk laporan polis yang dah dibuat.
Saiful turut meluahkan rasa tak puas hati dengan tragedi yang menimpa rakannya ini. Menurutnya lagi, ramai rider-rider food delivery banyak bersabar dengan pengawal keselamatan bukan warganegara ini kerana dorang sering diperli ketika hantar makanan. Seriouslahhh?
Dekat bawah ni, korang boleh tengok sendiri gambar-gambar yang diambil selepas rider malang ni kena pukul. Agak teruk jugaklah…
Kalau memang betul pengawal keselamatan ni salah, harapnya dia kena hukuman yang setimpal.