Semakin lama, semakin ramai selebriti yang berani membuat pengakuan yang mereka tak lagi berhijab.
Antara alasan yang sering diberikan adalah mereka belum bersedia, tak mahu hipokrit mahupun sekadar berasa tak selesa.
Pernah rasa ragu-ragu
Prihatin dengan isu berkenaan, penyanyi Aishah sempat berkongsi dengan BH Online bahawa dia pernah berasa ragu-ragu sewaktu mula mengenakan tudung semasa bergelar artis.
“Saya sendiri mengambil masa lama untuk mengenakan hijab kerana bertudung bukanlah perkara main-main. Justeru, apabila saya sudah tetapkan hati dan tekad untuk berhijab, saya kena pakai sampai bila-bila.”
Jelasnya, perasaan itu wujud semasa dia mula mengenakan tudung 13 tahun lalu dan status sebagai selebriti membuatkan ia lebih sukar untuk dia kekal istiqamah.
Tumpuan lebih kepada artis
Katanya, sebagai artis adalah kebiasaan orang memberikan tumpuan lebih kepada golongan sepertinya.
“Memang kena fikir betul-betul apabila memutuskan untuk menutup kepala. Walaupun ada juga orang biasa yang kembali membuka tudung, namun disebabkan status sebagai artis, tumpuan lebih diberikan kepada kami.
Aishah mula menyanyi pada era 80an dan terkenal dengan lagu-lagu seperti Janji Manismu, Tiada Lagi Tangisan dan Bagai Camar Pulang.
Malah dia juga pernah menghasilkan dua album bertaraf antarabangsa hingga pernah berada dalam senarai carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat.
Selepas Emma, Fathia Latiff buka tudung
Selepas Emma Maembong, artis kontroversi Fathia Latiff menjadi selebriti terbaru yang membuat pengakuan tak lagi bertudung.
Pengakuan berani kedua-duanya mengejutkan peminat seni tempatan kerana mereka antara selebriti yang sentiasa jadi bualan ramai atas mutu lakonan baik sebelum ini.
Kedua-duanya mendakwa ingin memulakan hidup baru dan tak mahu berselindung selepas tidak lagi mengenakan hijab.
Admin berdoa sesiapa yang berdepan dengan isu sama, mudah-mudahan hati dan iman anda diperkuatkan. Mohonlah bantuan Allah swt untuk sentiasa istiqamah.