Zaman media sosial ini, sesiapa sahaja boleh ‘diganggu’ lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.
Terbaru, penyanyi dangdut tempatan Baby Shima menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan seorang lelaki telah menghantar direct message (DM) berbaur lucah.
Artikel berkaitan: “Berhenti mengata hal orang” – Baby Shima ‘Sound’ Zhiddin Aziz
Artikel berkaitan: “Maybe macam tu joke ok bagi dia” – Baby Shima Perli Siapa Tu?
Pelantun lagu Pura-pura Bujang itu bertindak memuat naik tangkap layar DM tersebut dan memuat naiknya sebagai posting di laman Instagram miliknya, malah dia juga tidak memadam nama lelaki tersebut serta memuat naik beberapa video memaparkan lelaki berkenaan sedang mengaji.
“Munafik bertopengkan kupiah.. ramai je jumpa orang-orang macam ni,” tulisnya di kapsyen.
Lelaki berkenaan berkata dia ingin menikahi Baby Shima sebelum menulis kata-kata lucah lain kepada penyanyi itu. Baby shima juga tag akaun lelaki tersebut dalam posting itu.
“Sesuai diviralkan!”
Posting Baby Shima itu sudah pastinya menarik perhatian netizen, malah ramai juga yang menyokong tindakan pemenang ‘pendatang baru’ Anugerah Dangdut Indonesia itu.
Setakat artikel ini ditulis, posting berkenaan sudah pun mendapat lebih 10K likes serta lebih 700 komen.
Sumber: Instagram