in

“Bertentangan syariat Islam” – Kecoh Agama Ahmadi, Menteri Agama Akan Minta PDRM & MCMC Pantau Ajaran Sesat

Ajaran Ahmadi Sesat Lagi Menyesatkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua tiga hari ini, kecoh diperkatakan mengenai satu ajaran sesat yang sedang menular di media sosial iaitu agama Ahmadi yang disifatkan sebagai ‘agama keamanan dan cahaya’ oleh para pengikutnya.

Berpuluh video di TikTok memaparkan perkongsian dari pengikut agama tersebut yang membincangkan tentang ajaran mereka, namun ramai yang mula curiga kerana ia jelas bertentangan dengan Islam.


Ahmadi Setan

Artikel berkaitan: 150 Pengikut Ajaran Sesat Si Hulk ‘Lari’ Ke New Zealand, Mohon Perlindungan Suaka

Artikel berkaitan: Tular Video Ajaran Sesat Si Hulk, JAINJ Dedah Ia Rupanya Dirakam Di Luar Negara

Menteri Agama akan minta PDRM & MCMC pantau ajaran sesat

Pun begitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dia sudah sedia maklum akan ajaran sesat berkenaan dan mengarahkan JAKIM dan JAWI memantaunya kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Tambahnya lagi, beliau juga sudah menonton sesi live ajaran sesat itu di TikTok dan meminta pihak berwajib seperti PDRM dan MCMC sama-sama memantau isu ini.

Semalam mereka (menjalankan penstriman) di sosial media dan saya difahamkan mereka berada di luar negara dan ini berdasarkan laporan yang saya terima.

“Jika mereka bergerak atau membuat TikTok di dalam negara, mudah kita nak lakukan sesuatu.

“Jadinya kerjasama antara JAKIM, JAWI, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penguatkuasa di setiap negeri penting.

“Kita juga bekerjasama dengan PDRM yang memberikan maklumat kepada kita dari semasa ke semasa dan MCMC yang bertanggungjawab ke atas sosial media, kita yakin mampu untuk memberhentikan ajaran sesat seperti ini,” katanya.

@dsdrnaim

ISU AJARAN AGAMA AHMADI #menteriagama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #pelanAlFalah #AlFalah

♬ Dark, tense, movie, orchestra, 10 minutes(998819) – 8.864

Menurut Dr Mohd Na’im, beliau juga berharap pihaknya mendapat kerjasama dari MCMC untuk menghentikan atau menurunkan TikTok yang menyebarkan ajaran berkenaan daripada dapat ditonton pengikutnya.

Malah katanya lagi, isu ini adalah tanggungjawab pihaknya dan dengan kerjasama badan lain, mereka mampu menjelaskan kepada masyarakat akan bahaya ajaran tersebut.

Saya tengok mereka yang faham agama memang bagi komen negatif pada mereka (ketika penstriman), tetapi ada juga yang mungkin ilmu agamanya cetek.

“Mereka ini tidak tahu yang mana individu tersebut menyebut kalimah dalam bahasa Arab tertentu dan kita bimbang mereka menyanjung tinggi kerana merasakan itu orang agama.

“Ini yang kita tidak mahu kerana orang kita apabila mendengar istilah Arab akan mudah terpengaruh dan mengatakan mereka tok guru,” katanya.

Terdahulu, ajaran sesat yang dikenali sebagai Ahmadi – Agama Keamanan dan Cahaya ini mendakwa Kaabah tidak lagi berada di Makkah, sebaliknya di Petra dan kemunculan Imam Mahdi adalah jelmaan semula imam ke-12 dan Nabi Muhammad SAW.

Nauzubillah… takutlah tengok ajaran sesat macam ni. Harap mereka di luar sana cakna akan isu ini tak mudah percaya dengan ajaran sebegini. 

Sumber: TikTok, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.