in

“Bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah” – Menteri Agama Respon ‘Cadangan’ Rosyam Nor

Ft Menteri Agama Respon Rosyam Nor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon Rosyam Nor terhadap penubuhan rumah pelacuran di Malaysia baru-baru ini, ia telah membuatkan ramai pihak tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.

Salah satunya ialah pendakwah bebas yang begitu lantang dalam menepis pendapat yang bercanggah dengan agama Islam, PU Syed. Menurutnya saranan itu dianggap tidak relevan, apatah lagi dalam konteks negara Islam.


Artikel Berkaitan : “Nama pun lelaki” – Beri Pendapat Rumah Pelacuran Perlu Di Malaysia, Kenyataan Rosyam Nor Dikritik Ramai

Artikel Berkaitan : “Ada 60 hektar tanaman manggis!” – Jawapan Usahawan Ini Buat Rosyam Nor ‘Garu Kepala’

 

Boleh wujud pelbagai penyakit bahaya – PU Syed

“Saya tak setuju pandangan Rosyam mengenai perlu wujudnya pusat pelacuran bagi menampung keinginan warga asing di Malaysia seperti dinyatakan.

“Pandangan ini tidak selari dengan apa yang agama Islam terapkan, apatah lagi dalam negara Islam. Jadi pandangan seperti ini tak sesuai. Di luar negara mereka menganggap golongan terbabit dengan pelacuran adalah kelompok paling rendah martabat.”

Screenshot 2024 01 09 164729

Jelas PU Syed ketika dihubungi oleh BH Online berkata, pendapat Rosyam Nor tentang penubuhan rumah pelacuran untuk mengurangkan jenayah rogol adalah salah.

“Ia boleh berlaku lebih dahsyat lagi sekiranya pusat pelacuran diwujudkan di mana perbuatan zina akan berleluasa.”

“Zina antara dosa besar dan balasannya cukup keras bagi mereka yang melakukan zina. Walaupun kita boleh katakan warga asing bukan Islam, tapi ada antaranya beragama Islam.”

“Bila cadangan seperti ini diberikan, ia memang tidak bersesuaian. Ia akan merosakkan keturunan dan punca pembunuhan kerana benih dikeluarkan ditumpahkan kepada tempat tidak sepatutnya.”

“Sekiranya mengatakan ia boleh mengurangkan kes rogol, ada ulama berkata perkara mudarat tak boleh ditolak dengan mudarat yang sama.”

“Kita buat sebegitu seolah-olah nak menghalalkan perzinaan. Itu tidak boleh kerana kedua-duanya mudarat.”

Tambahnya, dengan penubuhan rumah pelacuran itu, ia akan lebih memudaratkan di mana wujudnya penyakit berbahaya.

Screenshot 2024 01 09 164939

“Jadi, kemudaratan ini kena buang, bukanlah nak jemput kemudaratan lebih teruk lagi. Kalau rogol berlaku secara paksaan, tapi perzinaan berlaku secara rela, ia lebih dahsyat, jadi tak boleh ukur kedua-duanya.

“Umat Islam tak sepatutnya mengeluarkan pandangan sedemikian kerana kita hidup berlandaskan hukum.”

Bertentangan dengan udang-undang sivil dan syariah – Menteri Agama

Sementara itu, Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menegaskan bahawa tindakan itu bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.

“Cadangan tersebut telah mengundang polemik dan kontroversi dalam masyarakat memandangkan pelacuran merupakan aktiviti yang tidak dibenarkan menurut undang-undang di Malaysia. Pelacuran merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].”

Jelasnya lagi, undang-undang telah menetapkan bahawa aktiviti pelacuran adalah salah di bawah Seksyen 372, Seksyen 372A, Seksyen 372B dan Seksyen 373.

Malah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah yang turut memperuntukan kesalahan di bawah Subseksyen 21, Seksyen 22 dan Seksyen 23 (Akta 559).

Menteri Agama Naim Mokhtar

“Pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam yang termasuk dalam kategori hudud. Pelacuran dan zina adalah perbuatan yang melibatkan hubungan seksual di luar hubungan perkahwinan.

“Secara umumnya, kebanyakan ulama’ terdahulu membincangkan isu rogol di bawah jenayah zina kerana ia mempunyai perkaitan yang rapat, iaitu persetubuhan haram.

“Berdasarkan kedudukan ini, cadangan untuk membuka rumah pelacuran seperti yang diutarakan adalah tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.”

Tegas Mohd Naim lagi, candangan itu bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid Al-Syariah.

“Dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi, kaedah fikah berikut sewajarnya dijadikan panduan. Kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.”

Susulan itu, beliau turut menasihati orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan polemik mahupun isu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sumber : Buletin TV3, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.