in

Bertengkar Sampai Tolak Isteri Jatuh Gaung, Lelaki Ditahan Reman 7 Hari

Syaz Ft 2024 08 06T132444.203

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita di mana seorang lelaki didakwa telah menolak isterinya jatuh ke gaung selepas bertengkar.

Terbaru, lelaki itu ditahan selepas disyaki memukul, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada 27 Julai lalu dan direman tujuh hari.


Menurut laporan Sinar Harian, perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dibenarkan oleh Majistret, Savinder Singh terhadap suspek yang bekerja sebagai peniaga.

Artikel berkaitan: Isteri Merangkak Selamatkan Diri Lepas Ditolak Ke Dalam Gaung Di Gerik, Suami Ditahan Polis

Artikel berkaitan: 3 Beranak Termasuk Wanita Hamil 7 Bulan Selamat, Tak Cedera Langsung Walaupun Kereta Terbabas Dalam Gaung

2754761

 

Difahamkan, permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Lelaki berusia 39 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Gerik hari ini dengan memakai baju T berlengan panjang diiringi pegawai dan anggota polis pada jam 8.50 pagi.

Suspek sebelum ini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah dan direman selama enam hari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas disyaki mencederakan abang kandungnya.

Suspek kemudiannya ditangkap semula oleh IPD Gerik pada semalam iaitu sejurus siasatan kes di IPD Baling selesai.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.