Anak kembar kepada penyanyi rap P.Diddy iaitu Jessie dan D’Lila Combs dilabel tidak sensitif kerana menyambut tahun baharu 2025 dengan percutian di atas kapal mewah.
Menurut sumber, Jessie dan D’Lila, 18, bercuti di St. Barts dan sambutan itu dikongsikan di Instagram milik mereka. Ia telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Artikel berkaitan : Jay-Z Terheret Dengan Isu P.Diddy, Didakwa Mer*gol Remaja Umur 13 Tahun
Artikel berkaitan : Sean P Diddy: Kisah Sisi Gelap Superstar Hollywood Yang Jijik & Menggemparkan Dunia! Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu…
Netizen membandingkan perkara itu dengan realiti suram yang bapa mereka lalui di Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, Amerika Syarikat. Untuk rekod, pada 16 September lalu, Sean John Combs, 54, telah ditahan pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan manusia serta jenayah seksual.
Dalam pada itu, rappers yang terkenal dengan gelaran P.Diddy ini juga berdepan dengan 120 pertuduhan keganasan seks yang melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu.
Ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsanya, antaranya, Justin Bieber, Jaden Smith, Usher dan Meek Mill. Sehingga kini, Diddy masih lagi berada dalam tahanan dan dia mengaku tidak melakukan kesemua tuduhan itu.
Sumber : mStar Online