in

Berpanas, Berhujan. Wajar Ke Gaji Posmen Hanya RM1,300?

Gaji Posmen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang diakui bukan senang nak cari kerja di zaman serba mencabar sekarang ni. Walaupun ada kelulusan tinggi, ada sesetengah graduan terpaksa kerja di tempat yang tawar gaji rendah demi nak tampung hidup.

Walau bagaimanapun, gaji yang ditawarkan oleh satu syarikat GLC baru-baru ni dapat perhatian ramai lepas ia dilihat sangat tak masuk akal! Menerusi perkongsian Twitter, netizen kecam gaji yang ditawarkan Pos Malaysia Berhad untuk jawatan posmen dan pemandu van iaitu hanya RM1,300. Haish biar betul gaji banyak tu je? 


Dkm4M Bucaecsq4
sumber: twitter

Menurut satu thread Twitter, netizen ni rasa tak memadai bagi seorang posmen yang bekerja keras dan lalui macam-macam stress hanya dibayar dengan gaji semurah tu. Katanya lagi, wajar ke dalam tahun 2018 macam ni syarikat GLC besar macam Pos Malaysia bayar orang RM1,300 je. Patutlah ramai yang angkat kaki! 

Pos 1
sumber: twitter

Kenyataan netizen ini mendapat sokongan daripada pengguna Twitter lain yang anggap gaji macam ini tak patut diberi dan pekerja Mc Donald’s pun boleh dapat lagi tinggi dari ini. Sedih! 

Fffff
sumber: twitter

Malah ada juga yang rasa, mungkin ni lah sebabnya servis Poslaju selalu teruk dan lambat. Nak servis bagus tapi bayar gaji rendah! Acaner??

Kesian 1
sumber: twitter

Sedih melihatkan pengorbanan posmen yang buat macam-macam kerja, ada di kalangan netizen meminta supaya Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran untuk melihat serius akan situasi ni. Moga-moga adalah sinar bagi posmen yang dah bertahun-tahun bertahan dengan gaji ni.

Posmen
sumber: twitter

Hingga setakat ni, pihak Pos Malaysia tidak membalas sebarang kenyataan netizen yang berkata-kata tentang isu ini sejak beberapa hari lalu. Harapnya mereka pertimbangkanlah gaji minimum bagi posmen ni.

Terus bertabah abang posmen! 

Baca: Ramai Posmen Berhenti Kerja! Hantar 100,000 Surat Sehari Tetapi Gaji Hanya RM1,400

Pos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.