in

Bernard Chandran Dihentam Guna Slogan #BlackLivesMatter & Gambar Orang Kulit Hitam Untuk Lariskan Mask

BLM 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pereka fesyen terkenal Dato’ Bernard Chandran baru-baru ini dikecam teruk kerana menggunakan orang kulit hitam untuk mempromosikan pelitup muka rekaannya bersertakan #BlackLivesMatter menerusi Instagram miliknya.

 

Shame on you – Netizen


BLM

Gambar yang dikongsikan pada 3 Jun 2020 itu sehingga kini masih tidak dipadam, namun ia dihujani dengan komen netizen terhadap sikapnya yang dikatakan disrespectful dan berunsurkan perkauman.

Malah mereka juga meluahkan rasa kecewa terhadap perkongsian itu dan beranggapan bahawa posting itu shameful.

 

comments 1

Pada 23 Ogos lepas. seorang netizen yang dikenali sebagai Abiseshana Mohan ada membuat perkongsian di Facebook untuk untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara itu.

Dia menyebut dalam posnya bahawa “topeng pereka” Bernard Chandran berharga sekitar RM39.90 hingga RM45 dan bagaimana dia “secara terang-terangan menggunakan gerakan itu untuk kepentingannya”.

Tanpa memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pergerakan #BlackLivesMatter atau menunjukkan sama ada keuntungan yang diperoleh dari topeng akan disumbangkan kepada gerakan #BlackLivesMatter, tindakan Bernard dilihat seperti cuba ambil kesempatan dengan mengambil tindakan itu, katanya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157800488659895&set=a.383585864894&type=3

Walaubagaimanapun, Abiseshana Mohan menjelaskan kepada team Lobak Merah bahawa niatnya buat perkongsian itu bukan lah nak memperlekehkannya tetapi untuk menegur.

 

 

Baca : Sejarah & Kronologi Tercetusnya Gerakan #BlackLivesMatter

BLM2

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.