in

Bermula Dengan Gaji RM2.5K, Doktor Dedah Tips Berjaya Dalam Bidang Medik Hingga Gaji Cecah RM60K Sebulan

Gaji Doktor 60K Sebulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah terbayang tak rupanya ada individu yang menerima gaji setinggi RM60,000 sebulan dan apakah agaknya pekerjaan mereka?

Baru-baru ini, akaun TikTok Malaysian Paygap memuat naik sebuah video yang mana seorang wanita mendedahkan dia menerima gaji sebanyak RM60,000 ke RM70,000 sebulan.


Menurut wanita itu, dia bertugas sebagai doktor pakar kanak-kanak (consultant pediatrician) dan sudah menjadi cita-citanya sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang doktor.

Tambahnya lagi, gaji basic yang diterimanya pada 15 ke 16 tahun lepas adalah sebanyak RM2,500 dan jika ditambah dengan elaun, keseluruhan gajinya adalah sebanyak RM4,000.

Gaji Tinggi

Artikel berkaitan: “Tak penting berapa jumlah gaji” – Ramai Terpesona Dengar Jawapan Gadis Rusia Mahu Lelaki Bergaji RM2.3K

Artikel berkaitan: “Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu” – Faisal Halim Buat Penampilan Sulung Selepas Tragedi Simbah Asid

Gaji cecah RM60K, doktor beri tips dalam bidang medik 

Kata doktor ini lagi, terdapat perbezaan besar di antara gaji yang diterimanya ketika bertugas di hospital kerajaan dan swasta.

Ia peningkatan yang besar. Lebih tinggi empat kali ganda daripada gaji saya di sektor kerajaan berbanding di swasta. 

“Gaji saya sekarang sebanyak RM60,000 ke 70,000 sebulan. Jika anda seorang konsultan di sektor kerajaan, gaji anda mungkin setinggi RM16,000 ke RM20,000 sahaja,” katanya.

@malaysianpaygap

She’s saving kids’ lives 🫶🏼 #gaji #salarytransparency #doctorsoftiktok #malaysian

♬ original sound – MalaysianPAYGAP

Doktor ini juga sempat memberi nasihat kepada pelajar medik yang kini sedang berjuang menamatkan pengajian.

Menurutnya, para pelajar sekurang-kurangnya perlu ‘survive’ ketika fasa intern kerana baginya semua jenis pekerjaan mempunyai cabaran dan stres yang tersendiri.

Ketika saya ‘training’, saya mempunyai anak pada masa itu. Jadi pada ketika itu, saya tidak meluangkan banyak masa dengan anak lelaki saya. 

“Saya hanya perlu lalui waktu tersebut, terutamanya ketika ‘on-call’ yang mana kami perlu berada di hospital semalam 35 ke 40 jam tanpa tidur.So you just have to survive,” katanya lagi.

“Gaji 60K per month tapi takde pakai emas sampai ke siku” 

Personaliti doktor ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata memujinya sebagai seorang yang merendah diri dan gayanya juga tidak berlebihan walaupun menerima gaji yang tinggi setiap bulan.

Gaji Doktor 60K

Rugilah tak belajar betul-betul masa muda dulu. Kalau tak min pun dah saing-saing doktor ni gaji puluh-puluh K. Hiks! 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.