Peminat drama Korea sudah semestinya sedia maklum bahawa ramai juga pelakon Korea yang berkahwin sesama mereka. Kebanyakan artis-artis ini jatuh cinta selepas berlakon drama atau filem bersama.
Jadi, kali ini, min nak kongsikan dengan anda enam pasangan suami isteri selebriti Korea yang berkahwin gara-gara terjebak cinta lokasi.
#1 Ji Sung & Lee Bo Young
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2013 ini mengatakan mereka berdua bertemu ketika sama-sama berlakon drama yang bertajuk Save Last Dance for Me pada tahun 2004.
Menurut Ji Sung dalam sebuah temu ramah, dia telah jatuh cinta pandang pertama kepada isterinya yang juga pelakon drama popular I Can Hear Your Voice.
Manakala Lee Bo Young pula pernah mendedahkan bahawa Ji Sung bukanlah lelaki idamannya namun dia tetap memberi peluang kepada Ji Sung untuk membuktikan cintanya.
Sekarang dorang pun dah ada dua orang anak.
#2 Han Ga-In & Yeon Jung-hoon
Pertemuan pertama pasangan ini pula adalah di set penggambaran drama Yellow Handerchief pada tahun 2003.
Kemudian, pada tahun 2005, Yeon Jung-hoon telah mendirikan rumah tangga bersama aktres wanita popular di Korea ini.
Kalau korang suka tonton rancangan 2 Days & 1 Night, mesti korang boleh nampak betapa romantiknya Jung-hoon ni sebab dia selalu call isterinya walaupun ketika penggambaran rancangan itu.
#3 Taeyang & Min Hyo Rin
Walaupun Taeyang BigBang ini bukanlah seorang pelakon, namun isterinya iaitu Min Hyo Rin merupakan salah seorang pelakon wanita yang cantik dan popular di Korea Selatan.
Mereka mula-mula bertemu setelah Min Hyo Rin dipilih untuk menjadi model dalam video muzik lagu solo Taeyang yang bertajuk 1AM pada 2014.
Pasangan ini akhirnya telah ke jinjang pelamin pada tahun 2018 dan telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada tahun lalu.
#4 Kim So-yeon & Lee Sang Woo
Siapa yang tak kenal dengan Kim So-yeon yang popular dengan watak Cheon Seo-jin dalam drama The Penthouse: War in Life ini.
Tahukah anda dia telah mendirikan rumah tangga dengan Lee Sang-woo yang juga pelakon.
Mereka berdua bertemu di set penggambaran drama Happy Home pada 2016 di mana mereka membawa watak pasangan suami isteri.
Aktres berusia 41 tahun itu mendedahkan bahawa mereka berdua memang ada perasaan istimewa antara satu sama lain ketika penggambaran dijalankan namun mereka hanya bercinta selepas penggambaran drama itu tamat.
Professional betul dorang ni!
#5 Ki Tae-young & Eugene
Pasangan yang pernah muncul dalam rancangan The Return of Superman ini pula telah bertemu di set penggambaran drama bersiri Creating Destiny pada 2009.
Eugene yang sebelum ini merupakan ahli kumpulan S.E.S dan pelakon drama The Penthouse kemudiannya telah berkahwin dengan Ki Tae-young pada bulan Julai 2011.
Walau bagaimanapun, kedua-dua artis ini mendedahkan bahawa mereka tidak mempunyai perasaan istimewa ketika sedang berlakon drama itu.
Mereka juga tidak pernah menyangka bahawa jodoh mereka adalah dengan selebriti pada ketika itu.
#6 Ryu Soo-young & Park Ha-sun
Pasangan selebriti ini pula pada mulanya telah membawa watak sebagai pasangan bercinta dalam drama Two Weeks pada 2013.
Nampaknya kalau dah jodoh tak kemana sebab dari kaca TV, mereka kemudiannya telah berkahwin pada 2017.
Ryu Soo-young yang memegang watak sebagai Cha Jung-Hwan dalam drama My Father is Strange dilaporkan telah melamar Park Ha-sun ketika mereka mendaki gunung Namsan.
Romantiknya!
Sumber: Soompi, South China Morning Post
Baca: Ramai Tak Tahu Drama Korea ‘Fight For My Way’ Diinspirasikan Daripada Pasangan Selebriti Ini