in

“Berlayar tak ingat dunia ni” – Berlayar Lama Di Tengah Laut, Pasangan Kekasih Tak Sedar Dunia ‘Diserang’ Coronavirus

Combine Travel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang orang lain ‘berkurung’ di dalam rumah akibat pandemik Covid-19, lain pula bagi kedua pasangan ini dimana mereka sibuk berlayar di tengah laut sampai tak tahu apa yang terjadi di luar sana berhubung dengan pandemik ini.


Pasangan ini berlayar merentasi laut sama sekali tidak menyedari bahawa wabak Covid-19 telah ‘menyerang’ ke seluruh dunia. Mereka hanya menyedari soal ini ketika berlabuh di Caribbean, lapor Daily Mail.

Elena Manighetti yang berasal daripada Lombardy,Itali dan pasangannya Ryan Osborne dari Manchester telah meninggalkan kepulauan Canary pada akhir Februari sebab plan nak travel ke St Vincent.

C1

Diorang dah inform keluarga yang diorang tak nak terima berita buruk sepanjang mereka berlayar.

Walau bagaimanapaun, setelah mendekati Caribbean mereka dapati banyak pulau telah menutup sempadan bagi membendung penularan wabak ini.

Pasangan ini berkata, sewaktu mereka meninggalkan Pulau Canary mereka sedar tentang virus ini yang merebak di negara China, tak tahu pulak sekarang dah tersebar sampai ke seluruh negara dan memberi kesan kepada perjalanan mereka.

C2

Setelah 25 hari berada di laut, tanpa mendapat akses daripada dunia luar sebab telefon bimbit diorang takde signal, dimaklumkan yang diorang tak dapat nak berlabuh di beberapa pelabuhan akibat daripada perintah penguncian di beberapa negara.

Wanita ini menyatakan yang dia merupakan warganegara Itali dan pihak berkuasa melarang mereka untuk mendarat kerana situasi pandemik di Itali sangat merisaukan.

C3

Namun, nasib menyebelahi mereka dimana diorang dah simpan siap-siap rekod perjalanan diorang selama 25 hari itu kat GPS dan secara tak langsung diorang dan kuarantinkan diri diorang.

Kini, pasangan ini telah berada di Saint Vincent dan dilarang untuk meneruskan perjalanan. Mereka akan meneruskan perjalanan mereka ke Caribbean sebelum bulan Jun dan pada permualaan musim taufan

Baca : Macam Kapal Berhantu! 10 Orang Positif Coronavirus, Lebih 3,7000 Orang Dikuarantin Dalam Kapal Cruise Di Jepun

Cruise

 

 

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.