Gelagat seorang lelaki seakan sedang shadow boxing atau berlawan seorang diri terakam dalam kamera litar tertutup CCTV.
Tindakannya itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen, menerusi laman Instagram Asal Gombak, kejadian dipercayai berlaku di sebuah stesyen pam minyak di Lingkaran Karak.
Pada mulanya, lelaki itu berjalan seorang diri secara normal namun tidak lama selepas itu dia mula menumbuk berkali-kali selain bertindak seakan menendang ‘sesuatu’.
Artikel berkaitan: “Kalau asyik bergaduh, boleh gila” – Puteri Sarah Kekal Hubungan Baik, Syamsul Kerap Jumpa Anak
Artikel berkaitan: Kecewa Hanya Seorang Diri Uruskan Bapa Sakit, Wanita Nekad Putuskan Hubungan Adik-beradik
View this post on Instagram
Selepas melakukan ‘aksi’ luar biasa itu, lelaki tersebut kembali berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Kejadian beberapa hari lepas di Petronas Lingkaran Karak, seorang lelaki berperilaku pelik seakan-akan sedang bergaduh. Mungkin kita yang ilmu tak penuh di dada ni tak boleh nak ‘nampak’ kot.
Walau bagaimana pun, sentiasalah berhati-hati di mana jua anda berada. Kita pun tak boleh nak jangka perangai orang sekeliling kita ni,” tulisnya di kapsyen hantaran tersebut.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan, ramai yang merasakan mungkin dia mempunyai ‘ilmu’ lain, namun ada juga yang berkata berkemungkinan dia sedang melatah.
Sumber: Instagram