Sejak dulu lagi, terdapat kisah tentang pengemis yang berjaya meraih ratusan ringgit hasil meminta sedekah di tepi jalan atau sekitar pasar malam.
Terbaru, taktik seorang pengemis di Maran, telah terbongkar apabila sebenarnya dia memiliki sebuah kereta mewah tempatan, Proton X70 Premium.
Konon pekak & bisu, rupanya nak elak kena soal JKM
Menerusi hantaran di Facebook, pengemis yang memakai jubah dan kopiah itu sedang berdiri di celahan payung peniaga pasar malam di sekitar Sri Jaya, Maran. Pengemis yang memiliki tangan bersaiz kecil dan tidak normaldikatakan sedang memegang beg kertas untuk meminta ihsan pengunjung yang ada di situ.
Artikel berkaitan: “Muka & tangan macam lelaki” – Warga Asing Menyamar Jadi Pengemis Bertudung, Cuba Buka Pintu Kereta
Artikel berkaitan: “Dah macam pengemis” – Budak Lelaki Paksa Bagi Duit Raya Siap Mencarut Bila Tak Dilayan
Pihak penguatkuasa JKM Maran terus menghampiri pengemis itu dan bertanya mengenai tujuan dia meminta sedekah namun pengemis tersebut hanya membisu. Dia kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu namun tetapi berkali-kali juga pihak JKM mendesaknya.
Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Sedekah pengunjung pasar malam. Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut.
Rupa-rupanya, lelaki itu adalah manusia normal serta bukanlah pekak dan bisu seperti yang disangka. Dia akhirnya bersuara setelah didesak berkali-kali.
Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal).
Ada kereta Proton X70 Premium?
Pengemis itu berkata kad pengenalannya berada di dalam kereta lalu pihak JKM telah mengekorinya dari belakang. Apa yang mengejutkan, pengemis itu sebenarnya memiliki sebuah kereta Proton X70 Premium dan siasatan terus dijalankan oleh penguatkuasa JKM.
Dia tinggal di Balok, Kuantan dan rutinnya adalah mengemis wang di beberapa pasar malam. Hasil mengemis, pendapatannya mencecah hampir RM500 bagi tempoh 4-5 jam dan semakan mendapati dia juga menerima elaun pekerja OKU daripada JKM sebanyak RM450 sebulan sejak 2001. Walau bagaimanapun, dia dilepaskan oleh pihak penguatkuasa JKM dengan amaran.
Di ruangan komen, ramai netizen menyokong usaha JKM membanteras aktiviti pengemisan.
Fuh, banyak boleh dapat hasil mengemis!
Sumber: Facebook