Kecoh di media sosial semalam, isu transgender Safiey Illias yang ditegur oleh seorang penceramah apabila dia dikatakan telah melakukan sesi IG live bersama dua orang budak bawah umur.
Melalui sesi IG live tersebut, Safiey dan seorang individu yang dikenali sebagai ‘pipinatasha’ telah didakwa melakukan perkara tidak senonoh yang menjadi tatapan budak-budak tersebut.
Susulan isu tersebut, polis kini sedang mengesan pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ di atas dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur, lapor Berita Harian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mereka telah menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti semalam yang melihat insiden berkenaan melalui IG live Safiey Illias.
Polis menerima laporan daripada seorang seorang pensyarah universiti pada jam 1.29 tengah hari tadi, yang yang melihat insiden berkenaan melalui pautan Instagram secara langsung milik ‘safieyillias94’.
“Pengguna Instagram ‘pipinatasha’ juga didakwa berpakaian seksi selain bersama ‘safieyillias94’ menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Polis juga pada masa yang sama meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan hal tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Lepas Sajat, Safiey pula kini diburu polis….