in

Berkedalaman 1.8 Meter, Murid Tahun 3 Maut Jatuh Dalam Saluran Kumbahan Di Sekolah

murid terjatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dilaporkan maut selepas mangsa yang juga merupakan murid Tahun Tiga terjatuh ke dalam sebuah lubang saluran kumbahan.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di sebuah sekolah rendah di Lenggeng, Seremban pada pagi tadi.


Difahamkan, ketika kejadian, sekolah berkenaan sedang mengadakan acara sukan sekolah.

Saluran kumbahan itu mempunyai kedalaman sekitar 1.8 meter dan seorang murid lain telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada guru-guru.

saluran kumbahan

Artikel Berkaitan: Idea Luar Biasa Ibu Bapa Siapkan Busana ‘Fashion Show’ Merdeka Anak Undang Perhatian Netizen

Artikel berkaitan: “Kalau siasatan tak telus, tuntutan rakyat jadi sia-sia” – Peguam Keluarga Zara Qairina Sambut Baik Langkah JIPS

Mangsa kemudiannya dikeluarkan oleh salah seorang penduduk yang menyelam ke dasar saluran itu.

Mangsa walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan ambulans yang tiba di tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Ketika kejadian, difahamkan ramai murid berada di kawasan belakang sekolah kerana menyertai acara sukan pada pagi tadi.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.