Siapa yang tak terkejut dan takut apabila berhadapan dengan haiwan buas dan berbahaya seperti harimau, kan?
Malah boleh dikatakan orang itu sangat bertuahlah kalau dia berjaya menyelamatkan diri daripada serangan ‘Pak Belang’ itu.
Artikel berkaitan: Gunakan Anak Anjing Sebagai Umpan Harimau, Perhilitan Tampil Beri Jawapan
Artikel berkaitan: “Ingatkan anak kucing, sekali ‘Black Panther'” – Ranjer Hutan Jumpa, Pelihara Anak Harimau Kumbang Hampir Mati
Terserempak dengan harimau ketika pergi memancing
Inilah yang terjadi kepada seorang pemuda bernama Muhammad Luqman Haqim Muhamad Ghazali Lim, 22, apabila dia pergi berseorangan ke kawasan kolam memancing yang terletak di dalam ladang kelapa sawit berhampiran Taman Dovenby Fasa 2, Sungai Siput, sebelum dikejutkan dengan kemunculan harimau terbabit.
Menurutnya, dia sepatutnya pergi ke situ bersama seorang lagi rakan bernama Hakimi untuk memancing ikan haruan disebabkan isterinya baru sahaja melahirkan anak sulung mereka tetapi Hakimi belum lagi sampai ketika itu.
Ketika berseorangan dalam hutan kira-kira jam 1.40 tengah hari, tiba-tiba dia terhidu bau seakan bau kambing jantan, namun tidak menghiraukannya sebelum dikejutkan dengan penampakan dan ngauman harimau tersebut.
“Saya hampir tidak pernah masuk hutan berseorangan kerana selalunya akan berteman, jadinya tadi (semalam) tergerak hati saya untuk membaca doa Nabi Sulaiman. Kemudiannya, saya pun pergi berseorangan menuju kolam pancing.
“Ketika hampir tiba di kolam itu, saya melihat sekeliling sebelum dikejutkan dengan penampakan harimau terbabit yang terus mengaum, ketika itu dan betul-betul sedang memerhatikan saya, umpama kami saling bertentangan mata…. ketika itu jantung bagaikan mahu ‘luruh’.
“Sejurus itu, saya kembali membaca doa Nabi Sulaiman sambil mengundur langkah beberapa langkah dalam jarak 10 meter sebelum terus lari sehabis mungkin menuju sebuah kuil berhampiran untuk meminta pertolongan,” katanya.
Luqman tidak pasti sama ada harimau itu turut mengejarnya tetapi dia bersyukur kerana terselamat.
Ketika tiba di kuil, dia ada menyatakan kepada pengurusan kuil itu tentang apa yang berlaku tetapi ia tidak begitu dipercayai pihak tersebut.
Namun ngauman harimau tersebut sekali lagi kedengaran dan dalam beberapa minit dapat dillihat monyet-monyet di kawasan itu lari seperti ada sesuatu yang ‘lalu’ di kawasan itu.
Luqman kemudian bergerak ke rumah rakannya yang berdekatan kawasan itu serta meminta bantuan untuk menghubungi pihak berkuasa seperti bomba dan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara).
Pengarah Perhilitan negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan kawalan di lokasi berkenaan susulan insiden itu.
Sumber: Harian Metro