in

Berkabung Menyanyi Lagu Liam Payne, Tindakan Sekumpulan Wanita Tarik Perhatian Netizen

Syaz Ft 2024 10 23T182952.718

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian bekas anggota kumpulan boyband United Kingdom (UK) iaitu Liam Payne dari kumpulan One Direction mengejutkan ramai.

Liam ditemui mati selepas jatuh dari tingkat tiga balkoni hotelnya di Buenos Aires, Aregntina pada hari Rabu 16 Oktober lalu.


Artikel berkaitan: “Nyanyi lagu Sepanyol” –  Peminat Kongsi ‘Moment’ Bertemu Dengan Liam Payne Malam Sebelum Kematiannya 

Artikel berkaitan: Siapa Tahu Rupanya 7 Selebriti Hollywood Ini Ada Fobia Yang Pelik, Korang Pulak?

Sudah pastinya, berita menyedihkan itu memberi impak yang besar terutama sekali buat peminat Liam serta kumpulan One Direction.

Baru-baru ini, tular di apkiasi X, di mana peminat One Direction Indonesia mengadakan pertemuan untuk memperingati Liam Payne, acara itu difahamkan, berlangsung pada Ahad lalu di Taman Langsat, Barito, Jakarta Selatan.

Menurut laporan Radar Surabaya, perjumpaan ini diadakan oleh komuniti peminat One Direction Jakarta, perjumpaan itu sebelum ini telah diumumkan melalui akaun Instagram mereka, @onedirectononjakarta.

Acara bermula pada pukul 4 petang dan berlanjutan sehingga pukul 6 petang waktu tempatan, peminat dilihat memakai pakaian hitam sebagai lambang berkabung.

Peminat yang hadir juga membawa poster, lilin dan bunga, tetapi diarah tidak membawa sepanduk besar, kayu ringan, benda tajam atau alkohol.

Sumber: Radar Surabaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.