Ibu mana yang tak bangga melihat kegigihan anak yang berjaya menamatkan satu acara renang yang mencabar?
Perasaan itulah yang dirasai oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah apabila anak sulungnya, Ayden Adrean berjaya menamatkan satu acara renang pada Pesta Renang Langkawi (LSF) yang diadakan di Dataran Tanjung Rhu, Ahad lepas.
Artikel berkaitan: “Saya pun nampak di TikTok” – Bella Astillah Tak Tahu Ayden Panggil Syed Saddiq ‘Dad’
Artikel berkaitan: “Takpelah YB jadi jela ahli politik” – Netizen Geli Hati Tengok Syed Saddiq Menari Dengan Bella Astillah
“Saya menangis, dan satu keluarga pun menangis”
Dalam satu hantaran yang dikongsikan di Instagram, Bella menyatakan rasa bangganya dan tidak menyangka bahawa Ayden berjaya menamatkan acara renang sejauh 400 meter, walaupun hanya menjalani latihan yang singkat.
Pertandingan renang pertama anak lelaki saya, 400 meter di laut, dengan hanya berlatih selama seminggu. memang sangat takut sampai tak terkeluar suara (air mata yang keluar).
“Tak sangka kalau dia boleh lakukannya, tapi dia berjaya lakukannya. Dia berenang dengan sepenuh hatinya dan berjaya ke garisan penamat,” kata Bella.
View this post on Instagram
Menurut Bella lagi, sebagai seorang yang tidak pandai berenang dan pernah mempunyai trauma dengan aktiviti air, dia diselubungi dengan perasaan cemas dan bimbang akan keselamatan anaknya itu.
Walau bagaimanapun, dia berbangga melihat Ayden yang berusia 8 tahun berjaya menamatkan acara tersebut dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Saya menangis, dan satu keluarga pun nangis sebab dia berjaya lakukannya, anakku yang kuat Ayden.
“Kamulah anak sulungku, kebanggaanku dan segalanya buatku. Sebagai ibu dan ayah dalam satu, aku akan melindungimu, membimbingmu dan bersorak untuk kamu dan sayang kamu tanpa henti. InsyaAllah.
“Mommy sayang Ayden sangat-sangat. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata,” tulis Bella penuh perasaan.
“I see uncle first” – Ayden
Susulan kejayaan itu, Ayden ada muncul dalam satu sesi live dengan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah dan menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen.
Ada di kalangan netizen bertanya, apakah yang memberinya motivasi dalam menyertai acara renang tersebut.
Jawab Ayden,
Saya lihat uncle (Syed Saddiq) dahulu. Uncle lakukan 4km dahulu.
“Jadi saya tengok uncle dahulu,” katanya.
@barrerys_ ayden anak yang hebat…. kami semua bangga dengan ayden. menangis bukan bererti sedih tapi bangga dengan anak sekecil ini sudah mampu buat mummy dan keluarganya bangga. ayden berada disekeliling orang yang sayangkan ayden, teruskan semangat juang untuk banggakan mummy ❤️ @Bella Astillah and thank you to ironman @Syed Saddiq yang sering berikan motivasi untuk ayden berjaya sampai ke tahap ini. soon, ayden akan ikut jejak yb, insyaAllah and for now, he is the best ironkid ❤️ credit video:@shyaaee_ #bellaastillah #syedsaddiq #aydenadrean #bass #teambass #fyp #fypage #foryou #bellaastillahsyedsaddiq
Video yang dikongsikan semula netizen di TikTok itu kemudian menyelitkan aksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang menamatkan acara renang sejauh 4 km dalam masa 2 jam lebih.
Aksi itu dikatakan menjadi inspirasi buat Ayden untuk menamatkan acara renangnya yang sejauh 400 meter.
Video tersebut meraih pelbagai komen positif daripada netizen yang memuji Syed Saddiq kerana berjaya menampilkan contoh yang baik buat Ayden.
Seronok tengok Ayden ni. Dahlah petah bercakap, aktif pula budaknya. Semoga terus berjaya!