in

Berjaya Naikkan Ranking Harimau Malaya, Hannah Yeoh Sedih Kim Pan Gon Letak Jawatan

Kimpangon Letak Jawatan Hannah Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon membuat kejutan semalam apabila mengumumkan perletakan jawatannya setelah hampir tiga tahun berkhidmat dengan pasukan negara.

Pengumuman tersebut ternyata membuatkan rata-rata peminat bola sepak negara bersedih kerana Pan Gon dianggap sebagai jurulatih yang telah membawa banyak perubahan dan kejayaan bagi skuad Harimau Malaya.


Kesedihan yang sama juga dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi posting di Instagram yang memuji Pan Gon sebagai individu yang berjaya menaikkan profil Harimau Malaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Yeoh (@hannahyeoh)

“Coach Kim Pan Gon telah membantu menaikkan profil skuad Harimau Malaya kita. Selama 19 bulan saya mengenalinya, dia telah menjadi penggerak kepada bola sepak negara. 

“Setiap kali dia berbicara, dia mendapat perhatian banyak pihak. Sehinggakan mereka yang tidak minat bola pun bercakap mengenai Harimau Malaya.

“Dia telah bantu merealisasikan impian peminat dan kebarangkalian yang bola sepak Malaysia boleh capai dalam memberi inspirasi kepada generasi muda. 

“Walaupun saya masih sedih dengan perletakan jawatan ini, saya yakin persahabatan kami akan terus pergi lebih jauh. Saya pasti akan rindu melihat dia pitch setiap kali perlawanan Harimau Malaya berlangsung, tetapi saya tahu ini bukanlah ucapan selamat tinggal,” tulis Hannah.

Dalam pada itu, Hannah ketika ditemui pemberita juga berkata, Kim Pan Gon telah berjaya menaikkan ranking Harimau Malaya sejak beliau mengambil alih iaitu dari kedudukan ke-154 dunia ke tempat ke-130 pada November lepas.

Snapinsta.app 451562424 1162716431538012 3963597879202233183 N 1080

Tambah Hannah lagi, Pan Gon juga memaklumkan bahawa yang ada kini merupakan kenangan manis sahaja bersama Malaysia.

Jadi, bagi pihak kerajaan kita ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Pan Gon dan terima kasih juga kepada keluarga beliau kerana meminjamkannya kepada Malaysia.

“Saya berharap pasukan Harimau Malaya tidak akan rasa terlalu terganggu dalam meneruskan proses mereka memperbaiki ranking,” katanya lagi.

Terdahulu, Pan Gon memaklumkan bahawa keputusannya itu diambil atas faktor komitmen peribadi dan FAM telah melantik pembantu jurulatih Pau Marti Vincente sebagai pemangku ketua jurulatih dibantu seorang lagi pembantu jurulatih, E Elavarasan.

Terima kasih KPG untuk semuanya! 

Sumber: Sinar Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.