Berhenti merokok bagi perokok tegar adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Ramai yang mengimpikan untuk berhenti merokok, tetapi hanya segelintir sahaja yang berjaya. Kejayaan ini dikongsi oleh seorang pemuda di laman facebooknya.
“Akhirnya saya berjaya berhenti merokok dalam masa setengah tahun!”
Menurut Carlos Phang, dia telah berjaya berhenti merokok sebanyak 30 batang sehari dalam masa 6 bulan atau selama 183 hari! Ini sememangnya tidak mudah bagi seseorang yang sudah merokok selama hampir 10 tahun! Tahniah!
Menurut perkongsiannya, untuk minggu pertama dalam proses tersebut tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Jelasnya, dia menghidapi sakit kepala yang sangat teruk dan tidak dapat rehat yang secukupnya dek kerana tidak dapat tidur dengan nyenyak.
“Merokok adalah habit sesetengah orang. Habit yang tidak elok dan tidak sihat. Habit yang tidak dapat dikawal oleh manusia”
“Rasa ketagih oleh seseorang selepas merokok itu hanyalah proses yang akan dialami oleh perokok. Dengan rasa ketagih itu, memang sukar untuk mereka berhenti dari merokok dan pastinya tidak boleh berhenti merokok,” jelasnya.
“Cuba tanya perokok di luar sana, dia sanggup tak bagi kita RM3000 dan dengan wang sebanyak itu, kita akan membelikannya berapa banyak rokok pun yang dia mahu”
“Tak kisah sekaya mana pun dia, jawapannya ialah tidak.”
Pasti anda tertanya-tanya mengapa jawapannya tidak bukan? Menurut Phang, ini kerana perokok tersebut tidak percaya yang mereka akan mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk sebatang rokok.
“Dalam satu pack rokok, ada 15 batang dan harganya ialah RM24. Saya merokok hampir 30 batang dalam sehari.”
Tetapi ini dapat dibuktikan oleh Phang, di mana dia berjaya menyimpan sebanyak RM4,875, iaitu jumlah wang yang sepatutnya dia habis untuk membeli rokok dalam masa 6 bulan! Banyaknya!
Sebelum ini, dia pernah mengupdate status di laman facebooknya, yang dia akan membeli telefon bimbit dengan wang yang berjaya dikumpulnya itu. Kini dia mampu untuk membeli sebuah Iphone 8 Plus 256gb! Wow!
Tambahnya, dia tidak menyarankan bagi mereka yang mahu berhenti merokok di luar sana dengan menggunakan cara mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dari sehari ke sehari kerana baginya, cara itu hanya membuatkan mereka rasa lebih ketagih dan mereka akan lebih ‘menikmati’ rasa rokok tersebut.
“Jangan menafikan bahawa rokok itu sebenarnya sesuatu yang memang tidak elok. Masa depan kita berada di tangan kita sendiri. Mulanya memang susah, tetapi akhirnya hidup kita akan jadi lebih bermakna. Lebih baik anda berhenti sebelum terlambat!”
Agaknya berapalah jumlah wang yang dapat dikumpul bagi mereka yang sudah merokok lebih 10 tahun tu ye…
Baca: Lelaki Kumpul Wang Kertas Setiap Hari, Beli Kereta Untuk Isteri 6 Tahun Kemudian