in

Berjaya Hafal 6 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh Setahun, Marissa Antara Pelajar Berjaya Di Maahad Tahfiz As Sofa

Marissa Dania Maahad Tahfiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kini sedang terpalit dengan kontroversi dikatakan menjadi isteri kedua dan bernikah di Thailand, namun tidak ramai yang tahu anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim rupanya seorang pelajar Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban pada tahun 2018.

Marissa yang berusia 19 tahun ini juga merupakan seorang influencer dan difahamkan antara pelajar yang berjaya menamatkan hafalan Qasidah Burdah Al Busiri yang terkandung 160 bait.


Gfyuws1Aqaaftu3

Artikel berkaitan: Norman & Abby Tak Restu Perkahwinan Marissa, Dakwa Desak Untuk Bercerai

Artikel berkaitan: “Papa doa supaya Allah tutup pintu hati ke atas mana-mana lelak” – Ucapan Hari Lahir Norman Hakim Kepada Marissa Kembali Tular

Malah Marissa juga katanya berjaya dalam menghabiskan keseluruhan matan burdah terbabit di hadapan gurunya.

Tak cukup dengan itu, Marissa telah membanggakan kedua ibu bapanya apabila berjaya menghafal enam juzuk al-Quran dalam tempoh setahun di maahad tersebut. Hebatnya… 

Abby dalam satu kenyataan media berkata, cita-citanya untuk melihat anak-anaknya menghafal al-Quran telah menjadi kenyataan.

Saya juga berharap biar penuh ilmu di dadanya agar dia tidak lalai dengan suruhan agama Islam. Dania pula memang tidak ada minat dalam bidang seni sebab dia sangat pemalu orangnya, “ kata Abby.

Abbyabadi Marissadania E1694159736636

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai anak Norman dan Abby ini apabila dikhabarkan anak gadis itu telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Menurut sumber juga, Aslam, 25 dan Marissa, 19 telah melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Bukan mudah menjadi ibu dan ayah, min harap kita doakanlah yang baik-baik untuk keluarga mereka. 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.