Seorang pemandu teksi di Bangkok baru-baru ini tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas menerima tip sebanyak EUR1,000 (RM5,000) daripada seorang penumpang yang menaiki teksinya.
Kisah ‘duit terpijak’ tersebut telah dikongsikan oleh Chang Yim di group Pemandu Teksi (Thailand) di Facebook.
Menurut perkongsian di ruangan komen, Chang Yim menjelaskan tip berkenaan diterima olehnya selepas berjaya membawa penumpang berkenaan daripada Lapangan Terbang Don Mueang ke Lapangan Terbang Suvarnabumi dalam masa 30 minit supaya dia tidak terlepas penerbangannya.
Perkara tersebut sebenarnya ‘mustahil’ kerana perjalanan dari Don Mueang untuk ke Suvarnabumi mengambil masa sekitar 45 minit.
Chang telah memuat naik gambar dua keping duit kertas EURO bernilai EUR100 dengan kapsyen berbunyi ‘pelanggan minta bakinya disimpan’ merujuk kepada meter teksinya yang hanya THB677 iaitu sekitar RM90.
Menurut Chang, dia sepatutnya menghantar penumpang berkenaan ke Lapangan Terbang Don Mueang dari bandar dan ketika tiba di lapangan terbang berkenaan, penumpang tersebut mendapati dia telah tersalah destinasi dan meminta Chang menghantarnya ke Suvarnabhumi.
“Kalau berjaya sampai tepat pada masa dan saya tak terlepas penerbangan, saya akan bayar lebih”
Menjawab soalan netizen di ruangan komen, Chang menjelaskan dia tidak meminta sebarang bayaran tambahan, sebaliknya penumpang itu sendiri yang menawarkan tip berkenaan.
Artikel berkaitan : Lelaki Terserempak Dengan Kawan Lama, Terus Bayar Hutang RM46K Lepas 22 Tahun ‘Lost Contact’
Artikel berkaitan : Dah Travel Ke 33 Buah Negara Tapi Wanita Ini Kata Singapura Bukan Negara ‘Favourite’ Sebab…
Dakwa Chang, berkemungkinan besar penumpang berkenaan tidak mahu terlepas penerbangan tersebut disebabkan ada hal yang perlu diselesaikan selain kerugian yang mungkin lebih besar ditanggungnya sekiranya terlepas penerbangan tersebut.
Tambah Chang, pada awalnya dia agak berat hati untuk menerima bayaran tip berkenaan, namun tindakan penumpang yang terus bergegas keluar selepas membuat bayaran menyebabkan dia tidak mempunyai pilihan selain menerima upah tersebut.
Sumber : Facebook